KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad hoki kebangsaan A. Arul Selvaraj masih mempertimbangkan sama ada akan membawa pemain simpanan untuk beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Hoki 2023, selepas penyerang negara Muhammad Sharil Saabah cedera ketika aksi bertemu Chile di Stadium Birsa Munda, Rourkela di India, pada Ahad.
Pengurus Datuk Mirnawan Nawawi berkata dalam mesyuarat antara pengurusan bersama Arul Selvaraj pada Isnin, pengendali Speedy Tigers itu memaklumkan masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.
"Pemain Muhammad Shahril cedera (hamstring kaki kiri) semalam semasa bertemu pasukan Chile, ia dilihat sebagai kecederaan yang serius selepas diperiksa pakar perubatan. Arul Selvaraj melihat kemungkinan pertukaran pemain akan dilakukan tetapi masih belum tahu siapa lagi.
"Beliau masih memerlukan sedikit masa untuk menentukan pemain simpanan yang akan dibawa masuk untuk memperkukuh jentera serangan, sepanjang perlawanan Piala Dunia 2023," katanya menerusi klip audio yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kepada media tempatan di sini, semalam.
Mirnawan memaklumkan skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand, yang juga pasukan nombor sembilan dunia di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, dalam perlawanan terakhir kumpulan C.
Pada aksi pembukaan Kumpulan C Sabtu lalu, Malaysia di bawah bimbingan Arul Selvaraj terpaksa akur dengan kekuatan juara tiga kali Belanda apabila tewas 4-0 di Stadium Birsa Munda, Rourkela.
Semalam, mereka terpaksa berhempas pulas selepas ketinggalan pada peringkat awal perlawanan sebelum menang tipis ke atas Chile 3-2, pada perlawanan kedua Kumpulan C.
Belanda kekal memimpin carta Kumpulan C dengan enam mata selepas menang bergaya 4-0 ke atas New Zealand, dalam satu lagi aksi pada Isnin.
New Zealand yang mengumpul tiga mata kini berada di tempat kedua, diikuti Malaysia di tempat ketiga juga dengan tiga mata, manakala Chile di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Mengikut format kejohanan, juara kumpulan akan terus mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga akan beraksi menentang pasukan Kumpulan D (England, India, Sepanyol, Wales) pada pusingan kalah mati, untuk slot ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Arul Selvaraj melihat kemungkinan pertukaran pemain akan dilakukan tetapi masih belum tahu siapa lagi. - Foto BERNAMA

DNA UMNO tetap perjuangkan Melayu, Islam, tidak akan kendur - Tok Mat
UMNO akan memperjuangkan Islam dan Melayu, dalam kerangka hubbul watan yang lebih sederhana, dan lebih menghargai kepelbagaian Malaysia.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

Meskipun dibantah, Jepun tetap teruskan rancangan untuk lepaskan sisa nuklear ke laut
Rancangan itu telah mencetuskan bantahan kedutaan China di Tokyo selain daripada komuniti nelayan tempatan dan negara jiran.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.

UMNO harus terima, hidup dengan kenyataan tewas dahsyat dalam PRU15 - Mohamad
UMNO juga tidak boleh berlagak seolah-olah parti itu keramat dan sangat kukuh sedangkan ditolak oleh rakyat Malaysia.

Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."

Gempa bumi lemah di Semporna, Sabah
Gempa bumi lemah dengan magnitud 2.6 melanda Semporna, Sabah pada 7.39 malam tadi.

Fahmi Fadzil setuju jadi penaung KL City FC
Fahmi Fadzil bersetuju untuk menjadi penaung kelab KL City FC, selepas menerima tawaran itu daripada Presiden KLFA Khalid Abdul Samad, hari ini.

Bunuh warga emas, dua lelaki tempatan ditahan polis
Dua lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki warga emas dalam kejadian di kawasan semak di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, semalam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Hoki Piala Dunia: Speedy Tigers terlepas peluang tamatkan saingan kelompok sepuluh terbaik
Hasrat skuad Speedy Tigers untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 lebur selepas tumpas kepada Afrika Selatan.

Speedy Tigers usah terbuai kejayaan lalu - Arul Selvaraj
Arul Selvaraj berkata apabila berentap di pentas Piala Dunia, cabaran yang akan dihadapi pastinya berbeza demi memburu kemenangan.

Arul Selvaraj pertimbang bawa pemain simpanan beraksi
Skuad negara sudah berlepas ke Bhubaneswar, India dari Rourkela, India semalam, bagi meneruskan perjuangan menentang New Zealand.

Speedy Tigers dijinakkan Korea Selatan
Para pemain negara akan kembali fokus perlawanan seterusnya dalam memberikan persembahan terbaik apabila berdepan Kanada.

Julang Piala Sultan Azlan Shah 'hadiah bermakna' kepada penyokong hoki tanah air
Arul Selvaraj berkata kejayaan itu juga sentiasa dinanti-nantikan oleh pemain, barisan jurulatih serta pihak pengurusan.

Fokus satu demi satu perlawanan - Arul
Di atas kertas, Malaysia dilihat mampu mencipta sejarah merangkul kejuaraan buat pertama kali sejak kejohanan diperkenal pada 1983.

Speedy Tigers mantapkan mental, fizikal di Lenggong
Speedy Tigers dijadual turun beraksi pada Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar-Rourkela, India dari 13 hingga 29 Jan depan.

Malaysia ikat Perancis pada aksi terakhir Jelajah UK
Faizal Saari muncul wira Malaysia apabila bijak menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-46.

Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.

Tiada yang berubah sebagai pemain - Firhan
Firhan kehilangan anaknya berusia dua tahun yang meninggal dunia akibat serangan sawan pada 12 Sept lepas.