SEBAGAI sebahagian daripada pelancaran saluran baru Astro Arena 2, Astro telah mendapat hak penyiaran Liga Thai bagi musim 2021/22.

Memberikan keutamaan kepada Chonburi FC dan Police Tero FC, kelab yang diwakili dua pemain negara, Junior Eldstal dan Dominic Tan, perlawanan akan ditayang secara langsung bermula 1 Oktober 2021.

Perlawanan Piala FA Thai dan Piala Liga yang terpilih melibatkan kedua-dua kelab turut akan disiarkan juga.

Setelah mendengar berita itu, Eldstal menyatakan kegembiraannya, "Saya bersyukur dapat bermain untuk Chonburi FC, sebuah kelab besar di Liga Thailand. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik di padang setiap kali saya diberikan peluang, lebih-lebih lagi kerana rakyat Malaysia kini dapat menonton saya bermain."

‚Äč
Dominic turut menyuarakan kegembiraan di sebalik pengumuman tersebut dan berkata, "Ini adalah musim ketiga saya bersama Police Tero FC dalam liga yang sangat kompetitif. Berita ini telah menaikkan semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya di hadapan peminat Malaysia."

Astro Arena 2 (CH802) sebahagian daripada Family Pack untuk dinikmati seluruh pelanggan Astro.

Ia menampilkan liputan sukan tempatan serta persembahan studio langsung untuk acara sukan tempatan dan antarabangsa dalam format baru.