KUALA LUMPUR: Astro Kem Badminton (AKB) kembali lagi.
Tahun ini, AKB2023 mengadakan kem pemilihan di lima negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan pemilihan bermula di Kuching pada Sabtu, 17 Jun 2023.
Seramai 189 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun menyertai sesi pemilihan di Kuching dan mereka diuji dari segi pukulan dan teknik di lapan stesen yang berbeza.
Para peserta yang terpilih pada sesi pertama, akan mara ke sesi kedua pada Ahad, 18 Jun 2023.
Pemilihan seterusnya akan diadakan pada 27 dan 28 Jun 2023 di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu sebelum jelajah diteruskan di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Tahun ini, bakat-bakat muda yang terpilih akan dilatih dua jurulatih berpengalaman yang juga bekas pemain kebangsaan, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka, boleh melayari www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton untuk butiran lebih lanjut.
Memulakan langkah pertama di Kuching pada tahun ini, Astro berharap untuk mencungkil lebih ramai juara seperti alumni AKB termasuk Jacky Kok, Myisha, Valeree Siow, Wan Muhammad Arif, Go Pei Kee dan ramai lagi.
Pada tahun 2022, kem latihan AKB di lima negeri berbeza di seluruh Malaysia, menarik lebih daripada 1,500 pemain muda berusia antara 10 hingga 12 tahun dengan 50 daripada mereka akhirnya dipilih untuk kem terakhir di Kuala Lumpur.
Alumni AKB juga membentuk 69 peratus daripada skuad elit remaja Malaysia semasa dengan 12 pemain yang dinaikkan pangkat ke skuad senior negara setakat ini.
Astro Awani
Sat Jun 17 2023

Tahun ini, AKB2023 mengadakan kem pemilihan di lima negeri iaitu Sarawak, Sabah, Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan pemilihan bermula di Kuching pada Sabtu, 17 Jun 2023.
AWANI Pagi: Amalan Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui Dalam Kehidupan
Bersama dua pakar dari UMPSA, Prof Madya Ts Dr. Herma Dina Setiabudi dan Ts. Mohd Nurul Akla Mohd Azlan mengenai bagaimana mengadaptasi amalan lestari dan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam kehidupan seharian.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.

Angelina Jolie sifatkan Hollywood dunia tak sihat, pernah diserang Bell’s Palsy
Jolie juga mendedahkan toksiknya Hollywood telah memberi impak besar terhadap kesihatannya terutama saat fasa penceraian dengan Brad Pitt.
![[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang [KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674794172_BetingPatinggiAli.jpg)
[KOLUMNIS] Kukuhkan kedaulatan maritim Malaysia, jangan biarkan pencerobohan berulang
Malaysia perlu tingkatkan kerjasama dengan negara ASEAN lain yang menghadapi cabaran serupa, bentuk pendirian yang padu dan koheren.

Terkesan teguran ustaz, Alif Satar perbetul diri
Alif bersyukur dan teruja kempen Geng Subuh Macam Jumaat mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam.

40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.

Usaha pencarian bakat Astro Kem Badminton diteruskan di Sabah
Usaha pencarian bakat cilik dalam sukan badminton diteruskan di Sabah dan ianya mendapat sambutan hangat pada hari pertama dilakukan.

Astro Kem Badminton kembali lagi, adakan pemilihan di lima negeri
Tahun ini, bakat-bakat muda yang terpilih akan dilatih dua jurulatih berpengalaman yang juga bekas pemain kebangsaan, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.

Astro Kem Badminton berjaya latih 18,000 bakat muda Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkata, AKB telah berjaya melatih kira-kira 18,000 murid-murid sekolah menerusi latihan dan program pembangunan pelapis sukan badminton di peringkat nasional.

Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman
Jacky Kok Jing Hong dan gandingan Wan Arif Junaidi-Muhammad Haikal Nazri raih emas dalam kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki di kejohanan Terbuka Junior Jerman YONEX.

Astro Kem Badminton: Kuching terima sambutan menggalakkan
Selepas mengharungi enam kem pemilihan, program Astro Kem Badminton melabuhkan tirai di lokasi yang terakhir iaitu di Arena Simpang Tiga Kuching, Sarawak.