SUKAN

Astro meterai MoU dengan Persatuan Badminton Nippon

Astro Arena 16/03/2015 | 13:52 MYT
Kem Badminton Astro ini kembali untuk edisi ke-tiga bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan kanak-kanak berusia di antara 10 hingga 12 tahun. - Foto Astro Awani
Astro meneruskan sokongan program pembangunan badminton melalui program-program tanggung jawab sosial korporatnya termasuk menerusi Kem Badminton Astro.

Kem Badminton Astro ini kembali untuk edisi ke-tiga tahun ini bagi mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan kanak-kanak berusia di antara 10 hingga 12 tahun.

Tradisi kerjasama dengan Persatuan Badminton Nippon juga tetap diteruskan untuk tahun ketiga berturut-turut.

#Astro Nippon #Kem Badminton #Tokyo