awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet lawan pedang wanita protes, enggan bersaing dengan transgender

Astro Arena
Astro Arena
06/04/2025
04:00 MYT
Atlet lawan pedang wanita protes, enggan bersaing dengan transgender
Turner berlutut dan membuka pelindung muka sebagai tanda protes. - Gambar/ Stadium Astro/ Agensi
PENYERTAAN seorang atlet lawan pedang wanita dibatalkan daripada kejohanan di University of Maryland di Amerika Syarikat, selepas enggan bertanding dengan lawan transgender.
Stephanie Turner melengkapkan empat perlawanan sebelum bertemu Redmond Sullivan, seorang transgender dalam acara foil wanita pada 30 Mac. Sejurus perlawanan bermula, Turner berlutut kemudian membuka pelindung muka sebagai tanda protes.
Historic Protest: Female Fencer Takes a Knee in Bout Against Male Opponent, Faces Immediate Disqualification
After receiving a black card for refusing to compete against a man, Redmond Sullivan's female opponent was expelled from the @USAFencing event at the Univ. of pic.twitter.com/IloSnrb2Iu
— ICONS (@icons_women) April 2, 2025
Turner sudah menjangkakan pertembungan itu dan mengambil keputusan untuk melakukan protes kerana Persatuan Lawan Pedang Amerika Syarikat (USFA) tidak mengendahkan kebimbangan atlet wanita, lapor The Daily Tribune.
"Saya melutut serta-merta pada ketika itu," kata Turner kepada Fox News Digital.
"Redmond menjangka saya akan berlawan dengannya, namun apabila saya berlutut, saya melihat pengadil, dan saya berkata, 'Saya minta maaf, saya tidak boleh meneruskannya. Saya seorang wanita, dan dia seorang lelaki. Dan ini adalah kejohanan wanita. Dan saya tidak akan bersaing dengan individu ini."
"Redmond tidak mendengar apa yang saya katakan, dan dia datang kepada saya, dan dia fikir saya mungkin terluka, atau dia tidak faham apa yang berlaku. Dia bertanya, 'Adakah anda OK?' Dan saya berkata, 'Saya minta maaf, saya sangat menyayangi dan menghormati anda, tetapi saya tidak akan bersaing dengan anda.'"
"I have much love and respect for you, but I will not compete against you." Female fencer Stephanie Turner speaks out after taking a knee and refusing to fight her trans opponent in a regional tournament at the University of Maryland. pic.twitter.com/YN09ee60LG
— Fox News (@FoxNews) April 3, 2025
Topic Berkaitan
#atlet lawan pedang
#transgender
#Amerika Syarikat
#atlet wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan