awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS

Bernama
Bernama
03/05/2020
10:21 MYT
Atlet masih lalai penggunaan bahan terlarang dalam suplemen - ADAMAS
Atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang. - Gambar hiasan
Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) mengenal pasti kelalaian dalam pengambilan makanan tambahan atau suplemen sering kali menjadi punca berlakunya kes doping dalam kalangan atlet di Malaysia.
Pengarah ADAMAS, Azura Abidin berkata atlet yang disabit kesalahan biasanya tidak tahu makanan tambahan yang diambil mengandungi bahan terlarang walaupun pelbagai program pendidikan dan kesedaran anti-doping dijalankan secara berterusan.
Justeru, beliau berkata ADAMAS mengambil beberapa pendekatan seperti mengemas kini program pendidikan dengan mendidik atlet untuk kenal pasti jenis ubat-ubatan dan makanan tambahan secara sistematik.
"ADAMAS melaksanakan pelbagai bentuk pendidikan mengikut kelas umur dan kategori atlet dengan pelbagai kaedah berbeza. Seperti contoh kepada atlet muda berusia 13 hingga 17 tahun, program pendidikan ADAMAS lebih terarah kepada penerapan nilai-nilai murni dan integriti dalam sukan.
"Dengan pengenalpastian secara sistematik ini, diharap atlet terutama di peringkat usia muda lebih berhati-hati terhadap apa yang diambil," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai usaha ADAMAS dalam mengekang gejala doping, yang kini merebak ke peringkat akar umbi sehingga atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dikesan menggunakan bahan terlarang seperti steroid.
Azura turut mengakui bahawa ADAMAS tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak pembekal produk yang disyaki mengandungi bahan terlarang, sekali gus menyukarkan pihaknya membanteras gejala doping hingga ke lubang cacing.
"Bagaimanapun, kami sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM), khususnya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi mengenal pasti produk-produk makanan tambahan atau ubat-ubatan tidak berdaftar atau dicemar palsu, yang mengandungi bahan larangan.
"ADAMAS amat mengalu-alukan sebarang laporan mengenai salah laku doping yang berlaku dalam kalangan ahli sukan. Polisi Whistleblower ini selaras dengan inisiatif diambil oleh pihak WADA (Agensi Anti-Doping Dunia) yang turut diberi penekanan di dalam Kod Anti-Doping Dunia (WADC) 2021 dan bakal dilaksanakan mulai tahun 2021," katanya.
Azura yang menjadi wanita pertama menerajui ADAMAS sejak agensi itu ditubuhkan pada 2007, berkata matlamat peribadinya adalah untuk memastikan 'sifar kes doping' dalam sukan dapat direalisasikan.
"Pada masa sama, saya mahu memastikan hal berkaitan pentadbiran dan polisi dimantapkan agar ADAMAS sentiasa selari dengan kod pematuhan WADC yang dikeluarkan oleh WADA," kata Azura, yang dilantik sebagai pengarah ADAMAS, November lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADAMAS
#Agensi Anti-Doping Malaysia
#atlet
#doping
#kesihatan
#sukan
#suplemen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan