awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
Terbuka Malaysia: Pearly-Thinaah akhiri badi, ulangi aksi final Sukan SEA Thailand 2025
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet negara bakal terima rawatan setaraf kakitangan kerajaan

Astro Arena
Astro Arena
27/02/2019
21:45 MYT
Atlet negara bakal terima rawatan setaraf kakitangan kerajaan
SYED SADDIQ: Kabinet telah meluluskan dana tambahan untuk memastikan atlet dan bakal atlet yang berdaftar dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan diberikan skim kesihatan khas. - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan penerima Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan bakal menerima rawatan setaraf kakitangan kerajaan.
Kabinet Malaysia bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa nasib wira sukan negara perlu terus dibela.
Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan akan membabitkan rawatan pesakit luar dan dalam hospital setaraf dengan kakitangan Kelas Dua kerajaan.
Namun, persoalannya adakah atlet yang hanya sekali mewakili negara atau mereka yang terpilih dalam skuad pelapis turut layak menerima skim itu dan Syed Saddiq menjelaskan: "Kabinet telah meluluskan dana tambahan untuk memastikan atlet dan bakal atlet yang berdaftar dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan diberikan skim kesihatan khas.
"Bagi bekas atlet, mereka akan menerima perkhidmatan kesihatan khas seperti pegawai awam kelas B. Sebelum ini tiada, tetapi Kabinet memutuskan mereka berhak menerima pengiktirafan tersebut."
Setakat ini, YAKEB menawarkan skim bantuan khas kepada 3,000 bekas atlet negara.
Turut diluluskan adalah kenaikan elaun latihan atlet di mana jumlah minimum melibatkan RM800 hingga RM7,500.
Topic Berkaitan
#atlet
#dana tambahan
#kakitangan kerajaan
#Kelas Dua
#Kementerian Belia dan Sukan
#Menteri Belia dan Sukan
#pesakit luar
#rawatan
#Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan
#skim kesihatan khas
#skuad pelapis
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#wira sukan negara
#Yakeb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan