awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet olahraga Shereen raih emas di Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
29/05/2022
08:26 MYT
Atlet olahraga Shereen raih emas di Amerika Syarikat
Sebelum ini, Shereen menjadi sebutan selepas melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006.- Gambar fail/instagram Shereen Samson
KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy sekali lagi mencipta sensasi apabila meraih emas acara 400 meter (m) wanita di Kejohanan Individu Divisyen II Trek dan Padang di Michigan, Amerika Syarikat pada Sabtu.
Menerusi keputusan di laman rasmi Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA), Shereen yang mewakili Winona State University mencatatkan 52.68 saat (s) mengatasi rekod peribadi 53.79s yang dilakukan di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan di Kansas, Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas.
Ayana Field (53.44s) yang mewakili Cal Poly Polmona di tempat kedua manakala Hanna Williams (53.49s) dari Missouri Western di tempat ketiga.
Sebelum ini, Shereen menjadi sebutan selepas melebur rekod kebangsaan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006.
Atlet berusia 23 tahun itu adalah anak bongsu kepada bekas bintang olahraga negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shereen Vallabouy
#atlet olahraga
#Michigan
#rangkul emas
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan