SUBANG JAYA: Komitmen wakil tunggal negara dalam acara perseorangan badminton lelaki Sukan Olimpik 2024 Paris, Lee Zi Jia yang meletakkan sasaran pingat emas di temasya sukan itu, perlu ada dalam jiwa setiap atlet negara lain yang layak.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keazaman sedemikian, sememangnya diperlukan pada temasya itu yang akan membuka tirai bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
"Bagus kalau semua atlet yakin dengan kemampuan mereka dan itu yang kita nak, iaitu pergi ke sana dengan keyakinan yang tinggi.
"Biarpun dia (Zii Jia) tiada dalam program Road to Gold, semua atlet yang mewakili Malaysia ke Paris kita tetap bagi sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan program larian ALEPS Ekiden Half Marathon 2024, di sini, hari ini.
Hannah dalam masa sama mengingatkan supaya kesemua atlet yang telah layak, terus memastikan mereka bebas daripada segala kecederaan menjelang temasya tersebut.
Jumaat lepas, Zii Jia menyuarakan hasrat untuk menang pingat emas, sebaik sahaja Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai akhir pemain yang sudah melayakkan diri untuk beraksi di Olimpik.
Pada penampilan di Olimpik Tokyo 2020, Zii Jia terkandas di pusingan 16 terbaik selepas tewas kepada pemain China Chen Long.
Zii Jia yang membuat penampilan kedua di temasya tersebut menerusi menerusi rakaman suara yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram Team LZJ, pada masa sama enggan penyertaannya itu dianggap sekadar pelengkap jadual.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyampaikan ucapan pada Program Aleps Ekiden Half Marathon 2024 di Taman Komuniti Putra Height, hari ini. - Foto Bernama
Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.
Pantau Belanjawan: ASEAN 2025: Malaysia sebagai peneraju tenaga bersih serantau
Dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 berpeluang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih di rantau ini. Perbincangan bersama Pengarah Urusan Gading Kencana, Guntor Tobeng ini akan membedah cabaran, peluang, dan langkah strategik untuk menjadikan Malaysia pemimpin utama dalam sektor tenaga bersih.
AWANI Ringkas: Jenayah | Sungai Kabul Merah Jambu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
107 anak-anak bekas anggota GISBH tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
AFC denda Selangor tiga kesalahan
Selangor didenda AS$24,500 oleh AFC atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2.
Populasi China menurun tiga tahun berturut-turut
Populasi China mencatatkan penurunan untuk tahun ketiga berturut-turut pada 2024, apabila jumlah kematian melebihi sedikit peningkatan kelahiran.
Pakar memberi amaran bahawa trend ini dijangka bertambah buruk pada masa depan.
Pakar memberi amaran bahawa trend ini dijangka bertambah buruk pada masa depan.
Yoon Suk Yeol tolak soal jawab
Presiden Korea Selatan yang ditahan, Yoon Suk Yeol, tidak akan menghadiri sesi soal jawab baharu oleh penyiasat pada Jumaat, menurut kenyataan peguamnya.
Pihak berkuasa kini berdepan tarikh akhir sama ada untuk memohon waran penahanan atau membebaskannya.
Pihak berkuasa kini berdepan tarikh akhir sama ada untuk memohon waran penahanan atau membebaskannya.
Usaha kembalikan penduduk ke rumah dipergiatkan
Menurut Jabatan Sheriff Los Angeles, pihak berkuasa akan memastikan penduduk dapat kembali ke rumah masing-masing termasuk pengoperasian semula utiliti ke kawasan yang dihuni.
TikTok mungkin kekal di AS jika perjanjian baharu dimeterai
Penasihat keselamatan negara yang bakal dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Donald Trump, menyatakan bahawa pentadbiran baharu akan memastikan TikTok kekal beroperasi di Amerika Syarikat jika terdapat perjanjian yang berdaya maju.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.
Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.