SUKAN
Atlet Rusia kekal digantung daripada acara antarabangsa olahraga
Sebastian Coe, Presiden World Athletics. - Gambar fail/AP
TOKYO: World Athletics, badan induk dunia sukan itu, mengekalkan pendiriannya dengan terus menggantung atlet Rusia dan Belarus daripada menyertai kejohanan antarabangsa, termasuk Kejohanan Dunia yang bermula Sabtu di Tokyo, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kita perlukan penyelesaian secara aman," kata Presiden World Athletics Sebastian Coe merujuk kepada perang Rusia di Ukraine yang bermula pada 2022.
"Tiada perubahan setakat ini. Tetapi saya amat berharap sesuatu dapat berubah - bukan sahaja untuk sukan olahraga, kerana keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan," katanya.
Rusia digantung pada November 2015 berikutan isu doping sistematik.
Sejak itu, World Athletics hanya membenarkan beberapa atlet Rusia bertanding sebagai atlet neutral selepas melalui semakan.
Satu lagi penggantungan dikenakan kemudian susulan perang di Ukraine.
-- BERNAMA