PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, mengecam Atletico Madrid semalam kerana tidak mengambil pendirian menentang laungan berbaur perkauman daripada penyokong mereka yang ditujukan kepada pemain sayap Real Madrid, Vinicius Junior.
Kelab itu kemudian mengeluarkan kenyataan mengatakan tindakan itu 'tidak boleh diterima' dan mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya ditemui dan diberikan hukuman sewajarnya.
Beberapa sektor penyokong melaungkan "Anda adalah monyet, Vinicius, anda adalah monyet,” sebelum dan semasa Real Madrid menang 2-1 di stadium Metropolitano ke atas Atletico Ahad lalu, manakala objek telah dibaling ke arah padang termasuk pemetik api dilemparkan ke arahnya dan rakan senegara Brazil, Rodrygo ketika mereka meraikan jaringan.
"Saya penyokong besar Atletico Madrid, jadi saya sangat sedih," kata Sanchez kepada Politico semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.
“Saya menjangkakan mesej kuat daripada kelab terhadap tingkah laku seperti ini, inilah yang saya akan minta daripada pasukan saya. Saya fikir adalah penting untuk kelab bola sepak mengambil tingkah laku seperti ini dengan serius dan bertindak balas.”
LaLiga akan melaporkan kejadian itu kepada jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Sepanyol tetapi Atletico tidak mengulas sehingga petang Selasa.
“Atletico Madrid mengecam laungan yang tidak boleh diterima oleh sebilangan kecil penyokong di luar stadium sebelum derby,” kata kelab itu.
“Segelintir tidak boleh mencemarkan imej beribu-ribu peminat Atletico yang menyokong pasukan mereka dengan penuh semangat dan rasa hormat kepada lawan.
“Kekecewaan itu turut dirasai Rojiblanco dan apa telah yang berlaku sesuatu yang tidak boleh diterima. Kami tidak boleh membenarkan peminat kami dikaitkan tindakan seperti ini dan mempersoalkan nilai kami kerana minoriti tidak mewakili kami secara keseluruhan.
“Keputusan kami tegas dan jelas, dan kami tidak akan berhenti sehingga mereka ditendang keluar daripada keluarga Rojiblanco, kerana mereka tidak boleh menjadi sebahagian daripadanya.”
Situasi tegang itu tercetus selepas Pedro Bravo, ketua persatuan ejen bola sepak Sepanyol, berkata di televisyen bahawa Vinicius perlu berhenti 'lakonan monyet' apabila menari untuk meraikan gol.
Bravo meminta maaf, mengatakan dia menggunakan frasa yang tidak bertujuan untuk mempunyai konotasi perkauman. Frasa itu biasanya digunakan di Sepanyol untuk bermaksud 'membuat kelakuan bodoh'.
Astro Arena
Wed Sep 21 2022
Beberapa sektor penyokong melaungkan "Anda adalah monyet" terhadap Vinicius Junior (kanan) sebelum dan semasa Real Madrid menang 2-1 di stadium Metropolitano ke atas Atletico Ahad lalu. - Foto Astro ARENA
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Atletico dikecam ekoran insiden perkauman terhadap Vinicius
Menurut kelab itu, perkara tersebut 'tidak boleh diterima' dan mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya ditemui dan dihukum.