[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
SUKAN

Australia layak ke Piala Dunia 2026

Bernama 11/06/2025 | 11:10 MYT
Australia mengesahkan kemaraan mereka selepas menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan C dalam pusingan ketiga kelayakan Asia. - Gambar/ Reuters
BERLIN: Australia layak ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada selepas menewaskan Arab Saudi 2-1 di Jeddah pada Selasa malam, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Ini merupakan kali keenam berturut-turut skuad Socceroos layak ke kejohanan itu sejak kejayaan sulung mereka pada 2006. Piala Dunia 2026 juga menjadi penyertaan ketujuh Australia secara keseluruhan.

Australia mengesahkan kemaraan mereka selepas menamatkan saingan di tempat kedua Kumpulan C dalam pusingan ketiga kelayakan Asia.

Jepun selaku juara kumpulan turut layak ke Piala Dunia manakala Arab Saudi dan Indonesia akan meneruskan saingan ke pusingan keempat kelayakan.

-- BERNAMA


#Piala Dunia 2026 #Australia #Arab Saudi #Brazil