SUKAN
Awalan terus teraju PLBM sehingga 2027
Ini adalah penggal ketiga Awalan sebagai presiden PLBM sejak beliau pertama kali memegang jawatan itu pada 2021-2023. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Awalan Abdul Aziz akan terus menerajui Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) untuk tempoh dua tahun lagi selepas beliau menang tanpa bertanding jawatan presiden bagi penggal 2025-2027.
Ringkasan AI
PLBM dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 persekutuan berkenaan yang berlangsung di Pusat Boling Padang Kebangsaan di Bukit Kiara di sini hari ini.
Ini adalah penggal ketiga Awalan sebagai presiden PLBM sejak beliau pertama kali memegang jawatan itu pada 2021-2023 dan meneruskan peranan itu bagi penggal kedua 2023-2025.
"Di bawah kepimpinan dinamik Datuk Awalan, sukan boling padang telah berkembang ke tahap yang membanggakan dengan pencapaian cemerlang. Tidak dapat dinafikan kepimpinan Datuk Awalan memainkan peranan penting dalam kejayaan kukuh sukan ini di peringkat global," menurut kenyataan itu.
Antara pencapaian terbaik Malaysia di bawah Awalan termasuk muncul juara keseluruhan Piala Dunia 2025 yang baru berakhir di sini dengan meraih satu pingat emas dan tiga gangsa, menewaskan kuasa besar seperti Australia, England, New Zealand, Scotland dan Wales.
Sementara itu, dua jawatan tertinggi lain iaitu timbalan presiden dan naib presiden turut kekal apabila penyandang menang tanpa bertanding.
Tengku Datin Seri Noor Hazah Tengku Abdul Aziz dan Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mengekalkan jawatan sebagai timbalan presiden, manakala Rustam Affandi Maktar dan Shuib Hashim kekal sebagai naib presiden.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Datuk Awalan Abdul Aziz dianugerahkan jawatan presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) untuk penggal 2025-2027 selepas menang tanpa bertanding, menjadikan ini penggal ketiga beliau menerajui PLBM.
- Keputusan tersebut diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 PLBM di Pusat Boling Padang Kebangsaan Bukit Kiara, mengiktiraf sumbangan Awalan dalam membangunkan sukan boling padang di peringkat global.
- Pencapaian cemerlang Malaysia dalam sukan boling padang termasuk meraih juara keseluruhan Piala Dunia 2025, menewaskan pasukan hebat seperti Australia, England, New Zealand, Scotland dan Wales, membuktikan kejayaan PLBM di arena antarabangsa.