SUKAN
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Pertandingan mencipta logo dan maskot rasmi Sukan SEA 2027 sedang berlangsung dan dibuka kepada semua warganegara Malaysia. - Stadium Astro
MALAYSIA bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada 18–29 September 2027 di empat lokasi utama termasuk Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
Sebagai persediaan awal untuk tema rasmi kejohanan terbesar Asia Tenggara itu, pertandingan mencipta logo dan maskot rasmi sedang berlangsung dan dibuka kepada semua warganegara Malaysia sehingga 31 Disember 2025.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC 2027) bersama Kementerian Belia dan Sukan sebagai platform untuk rakyat menyumbang secara langsung kepada identiti visual temasya sukan yang akan mencuri tumpuan dunia pada 2027. Penyertaan boleh dihantar secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan.
Hadiah lumayan menanti pereka kreatif tanah air. Juara reka bentuk bakal membawa pulang RM8,000 dan sijil penghargaan, manakala naib juara menerima RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000 masing-masing turut disertakan sijil rasmi.
Malaysia terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, di mana maskot Rimau dan logo Wau Bulan mencerminkan keunikan budaya tempatan. Kini, peluang untuk mencipta sejarah sekali lagi terbuka luas dengan masa penyertaan hanya tinggal beberapa hari sebelum tarikh tutup 31 Disember 2025. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 pada September 2027 di empat lokasi termasuk Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
- Pertandingan mencipta logo dan maskot rasmi untuk kejohanan itu sedang berlangsung hingga 31 Disember 2025, di mana rakyat Malaysia dipelawa untuk menyertai.
- Hadiah menarik menanti pereka kreatif tempatan, dengan juara reka bentuk berpeluang membawa pulang RM8,000, diikuti naib juara RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000.