awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB kecam Parlimen Israel lulus pindaan sasar UNRWA
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azam musim baru Maguire: Manchester United kembali julang trofi

Astro Arena
Astro Arena
18/07/2022
02:00 MYT
Azam musim baru Maguire: Manchester United kembali julang trofi
Harry Maguire mengetuai pasukannya memasuki padang untuk perlawanan antara Manchester United dan Melbourne Victory di Melbourne Cricket Ground, Australia, 15 Julai 2022. (Foto AP)
MUSIM 2021-22 pastinya ingin segera dilupakan oleh Manchester United berikutan kegagalan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kempen yang menyaksikan jawatan Ole Gunnar Solskjaer digantikan oleh pengurus sementara Ralf Rangnick, untuk mengakhiri kempen di tempat keenam, 13 mata di belakang Tottenham yang menduduki di tempat keempat, selain ketinggalan 35 mata di belakang juara bertahan, Manchester City.
Antara pemain yang menerima sasaran kritikan pedas musim lalu ialah pertahanan tengah Harry Maguire apabila bergelut untuk menjelmakan semula prestasi mengagumkannya bersama England sejak tiba dengan yuran tinggi daripada Leicester City pada 2019.
6 & 0 - Manchester United have lost six consecutive away league matches for the first time since March 1981 and have failed to end a league campaign with a positive goal difference (0 in 2021-22) for the first time since 1989-90 (-1). Onlooker. #PL pic.twitter.com/UzZLAPPnuL
— OptaJoe (@OptaJoe) May 22, 2022
Bercakap ketika jelajah pra-musim The Red Devils di Australia, Maguire berkata: "Tahun lalu amat mengecewakan. Sebagai individu saya tidak beraksi dengan baik dan sebagai sebuah pasukan, kami pastinya tidak bermain dengan baik.
"Tetapi kerjaya yang baik boleh bertahan 10 hingga 15 tahun dan anda tidak akan mampu mengekalkannya setiap tahun kerana ia bukan satu pelayaran biasa yang boleh terlepas daripada sebarang kesulitan.
“Anda perlu berjuang, mengalami kemerosotan dan tahun lalu pastinya merupakan kemunduran dalam kerjaya saya.
"Tetapi ia sudah kami lupakan dan kami teruja dengan masa depan, seterusnya membawa kelab ini kembali menjulang trofi, itulah hakikatnya."
Topic Berkaitan
#Manchester United
#EPL
#Harry Maguire
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan