Azizulhasni kemalangan di Brisbane

Faris Danial Razi
Disember 14, 2019 08:40 MYT
Azizulhasni kini dirawat di Hospital Princess Alexandra, Brisbane, Australia. - Gambar Instagram AZIZULHASNI AWANG
JAGUH berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang mengalami kemalangan dalam acara Keirin di siri kelima Piala Dunia Brisbane, Australia pada Sabtu.
Menurut kenyataan yang dikongsi di laman Instagram, Azizulhasni berkongsi pengalaman pahit bagaimana beliau terseret jatuh dan badannya telah bergeseran dengan permukaan kayu.
Menurut Azizulhasni, ketika itu beliau hanya mampu berdoa supaya tidak ada kayu mencucuk ke dalam tisu badannya seperti yang terjadi padanya pada 2011.
Dalam pada itu, berita kemalangan tersebut turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi Twitter turut mendoakan agar Azizulhasni tidak mengalami kecederaan serius.
“Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan beliau,” kata Syed Saddiq.

Saya dimaklumkan bahawa @AzizulAWANG telah mengalami kemalangan dalam acara Keirin di World Cup Brisbane sebentar tadi. Saya doakan agar beliau tidak mengalami kecederaan yang serius. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan beliau.

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) December 14, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Azizulhasni atau popular dengan gelaran 'ThePocketRocketman' bagaimanapun kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai kecederaannya dari pihak hospital dan pasukan perubatan di bilik kecemasan Hospital Princess Alexandra.
Untuk rekod, Azizulhasni telah menjuarai acara keirin siri keempat Piala Dunia yang berlangsung di Cambridge, New Zealand pada minggu lalu.
Azizulhasni melakar pencapaian membanggakan apabila kayuhan bertenaganya membolehkan dia muncul juara di Cambridge, meninggalkan lima pencabar yang lain.
BACA: Siri Dunia UCI: Azizulhasni juara keirin, petunjuk optimis kilauan emas Olimpik 2020
Beliau juga membuktikan kesungguhannya dalam mengejar emas apabila turut mencatat rekod baharu menerusi catatan 9.760 saat bagi memadamkan rekod lamanya miliknya 9.774s.
Dalam pada itu, kemenangan beliau di Cambridge, dilihat sebagai satu pencapaian terbaiknya pada tahun ini selepas dua emas pecut individu pada Kejohanan Trek Asia 2019 dan 2020.
#acara Keirin #Azizulhasni Awang #Brisbane Australia #kemalangan #Syed Saddiq Syed Abd Rahman #ThePocketRocketman