awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni raih emas kedua Piala Trek China

Bernama
Bernama
26/07/2018
20:58 MYT
Azizulhasni raih emas kedua Piala Trek China
Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo. - Instagram @azizulawangofficial
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang menerima suntikan berharga menjelang Sukan Asia di Jakarta-Palembang, bulan depan selepas memenangi pingat emas kedua pada kejohanan Piala Trek China 2018 di Taiyuan, China pada Khamis.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang meraih pingat emas pertama dalam acara pecut pada Rabu, meneruskan kayuhan bertenaganya untuk memenangi emas kedua dalam acara keirin pada Khamis.
Mohd Azizulhasni mencatat masa 13.569 saat untuk menewaskan dua pelumba China, Xu Chao dan Wang Yibo, yang masing-masing memenangi perak dan gangsa selepas ketinggalan 0.568 dan 0.811 saat di belakang pelumba Malaysia itu.
"Saya sangat gembira kerana berjaya berada di prestasi yang dimahukan sebulan menjelang Sukan Asia di Jakarta.
"Kini segala usaha keras sudah dilaksanakan dan sekarang tiba masanya bagi saya menikmati perlumbaan saya untuk dua hari lagi," kata Mohd Azizulhasni seperti dipetik dalam Instagram beliau, azizulawangofficial.
・・・ Alhamdulillah once again i won gold medal in the Men’s Keirin. It’s very unfortunate for my team mate ShahFirdaus and FadhilZonis who had crash in their race. I’m so glad that my performance is exactly where i wanted to be a month out from Asian Games in Jakarta. Now all the hardwork is done and it’s time to enjoy my racing for another two more days. Thanks for the support guys
Dua lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, bagaimanapun gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabit dalam kemalangan bersama-sama beberapa pelumba lain.
BACA: Azizulhasni sertai kejohanan pemanas badan di China menjelang Sukan Asia
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#basikal
#China
#keirin
#Mohd Azizulhasni Awang
#pecut
#pelumba
#Piala Trek China
#pingat emas
#Sukan Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan