KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek elit negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom terus membuktikan kehebatan apabila meraih penamat podium di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia hari ini.
Mohd Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman meraih pingat perak manakala rakan sepasukan Muhammad Shah Firdaus menang gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Anna Meares, Brisbane.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 33 tahun itu tewas kepada pelumba Australia Matthew Richardson 2-0 di pentas final, menurut https://results.auscycling.org.au.
"Saya memberikan saingan hebat di final untuk meraih pingat emas, namun Richardson lebih baik. Ia adalah pencapaian yang baik dalam persediaan saya ke Olimpik Tokyo. Saya akan berlumba dalam acara keirin esok," kata Mohd Azizulhasni di laman Facebooknya.
Terdahulu, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara keirin mengenepikan seorang lagi pelumba Australia Leigh Hoffman dan Thomas Cornish masing-masing di peringkat suku dan separuh akhir.
Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus mengenepikan seorang lagi pelumba tempatan Nathan Hart di suku akhir sebelum tewas kepada Richardson dalam aksi separuh akhir.
Dalam edisi terdahulu yang berlangsung pada Disember, Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima dalam acara pecut namun mengungguli acara keirin selepas Mohd Azizulhasni muncul juara manakala rakannya itu meraih gangsa.
Kedua-dua pelumba negara itu meneruskan momentum apabila meraih penamat satu-dua dalam acara pecut Kejohanan Trek Elit Victoria manakala di Kejohanan Victorian State Keirin 2021, Muhammad Shah Firdaus pula menjuarai satu lagi penamat podium bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
Mohd Azizulhasni meraih pingat perak manakala Muhammad Shah Firdaus menang gangsa dalam acara pecut lelaki di Velodrom Anna Meares, Brisbane. - TWITTER / bernamadotcom
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tokyo 2020: Acara bersejarah berakhir di Tokyo, misi di Paris bermula tiga tahun lagi
Banyak kisah inspirasi dan dedikasi yang dapat disaksikan dari ribuan atlet berbekalkan harapan untuk mengharumkan nama negara.
Tokyo 2020: Elaine Thompson pecah rekod Olimpik dengan catatan masa 10.61 saat
Thompson-Herah pernah memenangi dua pingat emas dalam 100 meter dan 200 meter wanita, dan satu perak dalam 4x100 meter wanita di Olimpik Rio 2016.
Olimpik Tokyo: Thailand raih emas pertama menerusi taekwondo
Atlet taekwondo Thailand, Panipak Wongpattanakit mencipta sejarah meraih pingat emas pertama untuk negaranya di Olimpik Tokyo hari ini.
Misi Olimpik 2020: Phee Jinq En, Khairulnizam fokus buru pingat
Bagi atlet renang Phee Jinq En, kecundang di kejohanan Olimpik sulung Rio 2016 tidak mematahkan semangat juangnya.
Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia
Perkara itu disahkan rakan sepasukannya Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebook miliknya sebentar tadi.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga bekas Olimpian Sabiamad
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Olimpian negara itu.
Azizulhasni, Shah Firdaus penamat podium di Australia
Pelumba berbasikal trek elit negara Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan kehebatan apabila meraih penamat podium di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia
Peng Soon - Liu Ying ke separuh akhir Seluruh England
Beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying ke separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England 2021 selepas menyingkirkan gandingan Perancis Thom Gicquel-Delphine Delrue.
Tidak akan menyerah kalah - V Shem
V Shem berkata sebelum tarikh tutup itu, mereka masih lagi berpeluang dan akan berjuang bermati-matian bagi mengutip sebanyak mungkin mata kelayakan walaupun menyedari saingan semakin sengit.