KUALA NERUS: Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Azizulhasni berkata beliau sangat berbesar hati dengan tawaran menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa, kerana sedar kepentingan akademik untuk masa depannya setelah tidak lagi aktif dalam bidang sukan.
"Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya, ia lebih istimewa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor UMT Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar di sini hari ini.
Pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo itu bagaimanapun berkata buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya dan akan menyambung pengajian apabila telah bersedia.
"Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput...mungkin bila anak-anak dah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.
"UMT juga tawarkan peluang untuk saya jadi tenaga pengajar di universiti ini selepas bersara sebagai atlet demi kecemerlangan sains sukan.... insya-Allah saya akan fikirkan, kerana sekarang pun saya minat juga mencurahkan ilmu berkaitan keirin kepada junior serta orang ramai melalui YouTube," katanya.
Ketika ini, Azizulhasni sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne.
Sementara itu Mazlan berkata Azizulhasni juga akan menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
"Beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
"Banyak lagi tawaran lain UMT akan menyusul sekiranya beliau pulang ke Terengganu, ibarat sirih pulang ke gagang untuk berkhidmat kepada negeri dan negara sebagai kakitangan tenaga akademik UMT setelah ada PhD nanti," katanya.
Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' merangkul pingat perak di peringkat akhir acara keirin lelaki di Veldorum Izu, di Shizuoka, Tokyo, pada 8 Ogos lepas.
Semalam, Azizulhasni menerima insentif bernilai RM350,000 daripada Kerajaan Negeri Terengganu iaitu sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah selama tiga tahun di universiti itu. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Bukan mustahil 'Pocket Rocketman' bangkit raih emas Olimpik di Paris
Datuk Mohd Azizulhasni Awang masih berpeluang kembali ke tahap prestasi terbaik dan menghadiahkan emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Azizulhasni, Pandelela antara calon Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2019/20
Mereka antara calon popular tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2019/2020.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Tenang, jangan panik hadapi dugaan - Azizulhasni
Pemenang pingat gangsa acara keirin di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro itu mengaitkan dengan kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah lautan dunia.
Azizulhasni prospek emas Olimpik Tokyo 2020
Bekas juara dunia dalam acara keirin itu bakal didedahkan dengan pelbagai program latihan di peringkat antarabangsa.
Azizulhasni kini no 2 keirin dunia
Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mendapat rangsangan terbaik dalam usaha beliau melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas naik dua lagi anak tangga ke ranking kedua dunia