Azizulhasni terlepas saingan di Kanada

Astro Arena
April 20, 2023 00:15 MYT
Datuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan beberapa siri kejohanan antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Negara-Negara di Kanada yang dijadualkan hari ini. - Gambar Facebook
ATLET berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terpaksa melupakan beberapa siri kejohanan antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Negara-Negara di Kanada yang dijadualkan hari ini.
Menurut jurulatihnya, John Beasley, ia berdasarkan kesihatan semasa Azizulhasni selain bagi mengelakkan sebarang risiko yang mungkin akan membahayakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo itu.
Bagaimanapun, Azizulhasni masih di landasan terbaik malah mampu merangkul pingat perak pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI Jakarta Februari lalu.
Namun, pemilihan setiap kejohanan haruslah lebih spesifik dan teratur mengikut keperluan dan pertimbangan yang wajar.
Tumpuan kini jelas Beasley, lebih terarah kepada kejohanan dunia yang akan berlangsung di Glasgow pada Ogos, Sukan Asia dan Sukan Olimpik Paris tahun depan. - Stadium Astro
#Azizulhasni Awang #atlet berbasikal trek #Kejohanan Piala Negara-Negara di Kanada #Sukan Olimpik Paris