KUALA LUMPUR: Cabaran Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara pecut di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terhenti di peringkat suku akhir hari ini.
Pada saingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta, Indonesia itu, jaguh negara berusia 35 tahun yang meraih perak acara keirin semalam tewas kepada pelumba Israel, Mikhail Yakovlev pada peringkat lapan terakhir.
Mohd Azizulhasni, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, bermula baik apabila memenangi saingan pertama dengan catatan 10.063s mengatasi Yakovlev dengan 0.062s.
Namun pelumba kelahiran Rusia itu bangkit mempamerkan kayuhan lebih pantas dengan catatan 9.812s dan 9.845s pada saingan kedua dan penentuan untuk mara ke separuh akhir, masing-masing dengan kelebihan 0.197s dan 0.507s untuk mengatasi Mohd Azizulhasni.
Semalam, The Pocket Rocketman yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April lepas meraih perak acara kegemarannya, keirin, di belakang juara dunia tiga kali berturut-turut Harrie Lavreysen dari Belanda manakala Yakovlev membawa pulang gangsa.
Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak dapat beraksi hari ini kerana mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Sam Dakin dari New Zealand pada saat akhir perlumbaan keirin malam tadi.
Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi gagal melepasi pusingan pertama acara keirin wanita.
Kejohanan di Jakarta, yang pertama daripada tiga siri Piala Negara-Negara itu, merupakan kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, Azizulhasni menyifatkan pencapaian meraih tempat ketujuh pada acara pecut tersebut itu, sudah mampu mengukir senyuman buat dirinya serta pasukan bagi mengharungi kempen kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kalau diambil kira dengan keadaan fizikal yang lunyai kepenatan mengharungi banyak perlumbaan pada hari sebelumnya, catatan kemungkinan boleh sedikit pantas dan keputusan akhir perlumbaan juga kemungkinan boleh lebih baik.
"Namun, saya bersyukur dengan pencapaian pada perlumbaan pertama tahun ini dan ia adalah satu permulaan yang amat baik untuk diri saya," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023

Cabaran Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara pecut di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terhenti di peringkat suku akhir hari ini. - Gambar Facebook AZIZULHASNI AWANG

Bukan masa bersaing dengan bakat baharu, Siti Nurhaliza mahu fokus dekati masyarakat
Siti meletakkan sasaran mendekati masyarakat menerusi kerja-kerja amal, selain menghasilkan buah tangan terbaik untuk halwa telinga peminatnya.

Pertumbuhan ekonomi tinggi perlu dikekalkan, tangani jurang kemahiran tenaga kerja - Rafizi
Rafizi berkata bahawa "latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan ke skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini."

PRN: Pas Perak 'all out' tumpu bantu jentera di Selangor, Pulau Pinang
Pas Perak akan berjuang sehabis baik membantu dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Kaum Melayu tidak rasis - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa kaum Melayu merupakan bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.

Cuaca panas: Tiada keperluan sekat bekalan air - Nik Nazmi
Tiada keperluan untuk melaksanakan sekatan kepada bekalan dan penggunaan air susulan cuaca panas dan kering ekstrem.

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni terkilan tuntut janji belum tertunai
Jaminan kepadanya untuk mendapatkan persediaan terbaik di Malaysia sejak meninggalkan Melbourne hujung tahun lalu masih tidak ditepati.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Azizulhasni sambar emas ketiga dalam tempoh 24 jam di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat emas ketiganya dalam tempoh 24 jam selepas mendominasi saingan keirin lelaki Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II 2023.

Azizulhasni, Nurul Izzah rangkul emas di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk meraih emas dalam acara pecut lelaki pada Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hari ini.

Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai
Dalam aksi penentuan pingat emas, Azizulhasni yang mewakili Terengganu mengetepikan rakannya Muhammad Shah Firdaus yang mewakili Johor.

Azizulhasni terlepas saingan di Kanada
Ia berdasarkan kesihatan semasa Azizulhasni selain bagi mengelakkan sebarang risiko yang mungkin akan membahayakan beliau.

Shah Firdaus peroleh perak dalam acara keirin di Belgium
Pelumba berusia 27 tahun kelahiran Muar itu menyudahkan perlumbaan di belakang Juara Eropah 2022, Sebastien Vigier dari Perancis yang mewakili pasukan Creteil-kronos.

Azizulhasni pejuang sejati
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia gesa semua pihak terus sokong The Pocket Rocketman.

Kecederaan paksa Azizulhasni lupakan aksi di Kaherah
Azizulhasni terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.

RTG mampu bantu atlet cemerlang di Olimpik Paris 2024 - Azizulhasni
Datuk Mohd Azizulhasni Awang optimis sistem baharu yang diperkenalkan dalam projek RTG mampu membantu atlet dan jurulatih untuk menghasilkan keputusan cemerlang pada Sukan Olimpik Paris 2024.