Terkini: Kes Kematian pelatih Palapes UTM – Ikuti Perkembangan di Sini
SUKAN

Aznil Bidin rangkul emas Kejohanan Angkat Berat Komanwel

Bernama 26/08/2025 | 14:04 MYT
Atlet angkat berat negara Muhammad Aznil Bidin mencipta sensasi apabila menjuarai kategori 65 kilogram (kg) pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, India, hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Atlet angkat berat negara Muhammad Aznil Bidin mencipta sensasi apabila menjuarai kategori 65 kilogram (kg) pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2025 di Ahmedabad, India, hari ini.

Kejayaan itu sekali gus mengatasi pencabar utama tuan rumah, Raja Muthupandi yang meraih perak, manakala Morea Baru dari Papua New Guinea membawa pulang gangsa.

Kejohanan berlangsung dari 24 hingga 30 Ogos ini turut menawarkan mata kelayakan ke Sukan Komanwel 2026 di Glasgow.

-- BERNAMA


#Muhammad Aznil Bidin #emas #Kejohanan Angkat Berat Komanwel #Juara