KUALA LUMPUR: Hasrat beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menampilkan prestasi sebenar selepas beraksi hambar dalam kejohanan musim ini terbantut selepas ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Kredibiliti pasangan nombor dua dunia dan Juara Dunia itu tercalar selepas tewas di tangan pasangan nombor 14 dunia dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin dalam perlawanan yang diheret ke set penentuan di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.
Aaron-Wooi Yik pada mulanya mendominasi perlawanan seawal set pertama dengan mencatatkan kemenangan 21-14.
Bagaimanapun, pihak lawan yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 bangkit menghalang kemaraan Aaron-Wooi Yik dan memenangi set seterusnya 16-21 dan 19-21 dalam pertarungan selama 47 minit.
Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi juga gandingan kelapan dunia, terpaksa bergelut dalam pertarungan tiga set berdepan gandingan Jepun Ayato Endo-Yuta Takei sebelum berjaya menempah slot suku akhir BAC.
Yew Sin-Ee Yi tewas 10-21 set pertama sebelum bangkit 21-15 dan 22-20 bagi menoktahkan kemenangan serta bakal berdepan ujian getir di suku akhir apabila dijadual bertemu beregu nombor satu dunia dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) tewas di tangan pasangan dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin pada pusingan kedua BAC 2023 di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai, malam tadi. - Foto BAM
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi akhiri saingan selaku naib juara
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menamatkan perjalanan cemerlang mereka di Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebagai naib juara susulan tewas di final kepada wakil India.
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi bawa cabaran Malaysia ke final
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, terus mencipta kejutan apabila melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC).
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir
Gandingan kelapan dunia itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengalahkan beregu Indonesia itu dengan keputusan 22-20 dan 21-15.
BAC: Yew Sin-Ee Yi cipta kejutan tumbangkan beregu nombor satu dunia
Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) dengan cukup bergaya apabila menumbangkan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia.
BAC 2023: Aaron-Wooi Yik tersingkir daripada saingan
Aaron-Wooi Yik tewas di tangan pasangan nombor 14 dunia, Lee Yang-Wang Chi Lin, dalam perlawanan yang diheret ke set penentuan.
BAC 2023: Soon Huat-Shevon tebus kekecewaan edisi lepas, mara ke suku akhir
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menempah slot suku akhir BAC 2023 di UAE selepas menewaskan beregu China Chen Xing-Cheng Fang Hui, hari ini.
BAC 2023: Zii Jia tewas pusingan pertama
Keputusan itu menyaksikan Ka Long menempah slot berdepan pemain Jepun, Kanta Tsuneyama bagi perebutan tiket ke suku akhir.
BAC: Pearly tarik diri akibat masalah kesihatan
Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram, petang ini.
Aaron-Wooi Yik berada dalam senarai RTG?
Jaguh beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik amat berharap untuk disenaraikan dalam program RTG menjelang kelayakan Sukan Olimpik Paris Mei ini.
Tze Yong mahu cipta 'magis' di Dubai
Beliau sedia berdepan segala kemungkinan untuk menawan BAC 2023 selepas penampilan pertama di Filipina tahun lalu tidak berhasil.