awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Beregu campuran negara tarik diri separuh akhir Terbuka India

Bernama
Bernama
01/04/2017
16:08 MYT
Badminton: Beregu campuran negara tarik diri separuh akhir Terbuka India
Liu Ying (kanan) pula dalam catatan instagramnya berkata beliau merasa tidak sihat dan terpaksa menarik diri daripada beraksi dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan. - Gambar fail
Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan memaksa beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menarik diri daripada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India, hari ini.
Menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org, pasangan itu menarik diri daripada perlawanan separuh akhir dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan mereka dari China, Zheng Siwei/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan.
Liu Ying pula dalam catatan instagramnya berkata pada hari ini beliau merasa tidak sihat dan terpaksa menarik diri daripada beraksi dan memberikan kemenangan percuma kepada lawan.
Peng Soon/Liu Ying menjadi wakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran selepas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tewas 15-21, 17-21 kepada pilihan kelima, Li Junhui/Liu Yuchen dari China dalam aksi suku akhir semalam.
Untuk rekod, Malaysia tidak menghantar wakil unuk tiga lagi acara iaitu perseorangan lelaki, wanita serta beregu wanita pada kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah US$325,000 (RM1.436 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Chan Peng Soon-Goh Liu Ying
#Terbuka India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan