SUKAN
Badminton: BWF perkenal undang-undang baharu

Umpire masih mempunyai budi bicara untuk melanjutkan masa rehat jika berlaku situasi khas. - Gambar hiasan/Stadium Astro
PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) bakal memperkenalkan peraturan baharu yang memberi kelebihan buat pemain, sekali gus menggunakan kesempatan terbaik bagi melancarkan tempoh permainan.
Ringkasan AI
- BWF akan memperkenalkan peraturan baharu bermula 2026 yang memperuntukkan 25 saat rehat antara setiap rali dalam kejohanan terpilih termasuk Jelajah Dunia.
- Dalam tempoh tersebut, pemain bebas menggunakan tuala, minum, tukar raket atau semburan tanpa perlu meminta kebenaran umpire seperti sebelum ini.
- Umpire masih mempunyai budi bicara untuk melanjutkan masa rehat jika berlaku situasi khas seperti rawatan perubatan atau mop lantai, demi keseimbangan antara rehat dan kelancaran permainan.
Majlis BWF meluluskan pelaksanaan terbaik dengan memperuntukkan 25 saat antara setiap rali.
Dalam waktu tersebut, pemain mempunyai kebebasan menggunakan tuala, minum air, menggunakan semburan atau menukar raket. Tetapi pemain harus bersedia sebelum 25 saat itu berakhir.
Umpire mempunyai budi bicara, menggunakan pertimbangan terbaik mereka, untuk membenarkan lebih daripada 25 saat antara rali (iaitu tidak menguatkuasakan), bergantung pada keadaan seperti campur tangan pihak perubatan atau keperluan mop lantai.
Sebelum ini, semua itu harus meminta kebenaran umpire terlebih dahulu.
Oleh itu, BWF percaya 25 saat ialah jumlah masa terbaik mengimbangi rehat yang sesuai untuk pemain dengan permainan berterusan keseluruhan.
BWF telah pun menjalankan ujian awal (tiada penguatkuasaan) pada kejohanan Jelajah Dunia baru-baru ini, dengan memaparkan jam masa untuk pemain, jurulatih dan pegawai teknikal. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami