awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Dunia BWF: Langkah Lee Zii Jia terhenti di pusingan ketiga

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2022
10:18 MYT
Badminton Dunia BWF: Langkah Lee Zii Jia terhenti di pusingan ketiga
Zii Jia tewas kepada pemain bukan pilihan dari China, Zhao Jun Peng, di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi. - Stadium Astro
LANGKAH perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia, dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF terhenti setakat pusingan ketiga selepas tewas kepada pemain bukan pilihan dari China, Zhao Jun Peng, di Gimnasium Metropolitan Tokyo sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, Zii Jia, yang menarik diri daripada mewakili negara dalam Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini, seakan-akan terperangkap dengan permainan lawan sebelum tewas dalam aksi tiga set.
Bagaikan ada yang tidak kena dengan jaguh negara itu pada penghujung set pertama sehingga dia ketinggalan 20-16 dan biarpun cuba melakukan kebangkitan, Zii Jia terpaksa akur melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 21-19.
Aksi lebih baik dipamerkan pemain berusia 24 tahun itu dalam set kedua, di mana dia tidak pernah ketinggalan sejak mengikat kedudukan 2-2 sebelum mencatatkan kemenangan selesa 21-11, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan. Bagaimanapun, skrip dalam set pertama kembali berulang dalam aksi penentuan, di mana Zii Jia mensia-siakan kelebihan mendahului 14-10 sebelum tewas 21-19 selepas bertarung selama sejam dan lima minit untuk akur gagal ke suku akhir. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Kejohanan Badminton Dunia BWF
#Lee Zii Jia
#Zhao Jun Peng
#tewas kepada pemain bukan pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan