SPORTS
Badminton Dunia BWF: Rexy harap pemain negara tingkatkan kekuatan mental

REXY: Melihat secara keseluruhan, saya simpulkan bahawa pemain kita kalah bukan disebabkan teknik atau kemahiran, mereka kalah kepada diri mereka sendiri. - Foto Astro ARENA
PENGARAH Kejurulatihan Bahagian Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, berharap pemain negara dapat meningkatkan kekuatan mental masing-masing pasca Kejohanan Badminton Dunia BWF yang menutup tirai hujung minggu lalu.
Juara bertahan acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, muncul wakil negara terbaik meskipun tidak dapat mempertahankan gelaran mereka apabila terkandas di peringkat suku akhir di Copenhagen.
Selain itu, beregu campuran meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, turut mencuri tumpuan layak ke suku akhir sambil beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, juga kandas dalam suku akhir biarpun memiliki peluang terhidang untuk sekurang-kurangnya meraih gangsa.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Rexy berkata: "Melihat secara keseluruhan bagi kesemua kategori, saya boleh simpulkan bahawa pemain kita kalah bukan disebabkan teknik atau kemahiran, mereka kalah kepada diri mereka sendiri."Kalau kita lihat kesemua kekalahan pemain kita -- kecuali Tang Jie dan Ee Wei yang terlalu menghormati lawan -- mereka tewas kepada diri sendiri, iaitu pemikiran dan penetapan minda mereka.
"Kita dapat lihat Pearly dan Thinaah jauh mendahului tetapi mereka secara tiba-tiba hilang punca.
"Mereka sudah mendahului 11-5 tetapi selepas lawan mendapatkan tiga mata, mereka sudah berfikir terlalu jauh.
"Jika ita bandingkan dengan beregu China, apabila mereka mendahului, mereka akan mengekalkannya kerana mereka ada keyakinan," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami