awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Jun Hao muncul Juara Remaja Asia

Bernama
Bernama
30/07/2017
15:45 MYT
Badminton: Jun Hao muncul Juara Remaja Asia
Jun Hao (tengah) menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah. - Astro AWANI
Pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Remaja Asia, di Jakarta hari ini.
Remaja berusia 18 tahun itu bertungkus lumus dalam pertarungan selama satu jam 14 minit untuk menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17, di Jaya Raya Sports Hall Traning Center, menurut halaman keputusan rasmi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) , bwf.tournamentsoftware.com.
Beliau menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah.
Jun Hao yang merupakan pilihan keenam kejohanan mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 dalam perlawanan separuh akhir, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet negara
#badminton
#kejohanan remaja asia
#Leong Jun Hao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan