awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Malaysia ulangi final di Singapura jumpa Thailand di KL2017

Bernama
Bernama
23/08/2017
04:17 MYT
Badminton: Malaysia ulangi final di Singapura jumpa Thailand di KL2017
Soniia Cheah (gambar) berkata beliau menjangkakan saingan lebih sengit daripada pemain Thailand pada final esok berbanding ketika menentang Indonesia. --fotoBERNAMA
Peminat badminton berpeluang menyaksikan ulangan final badminton pasukan wanita di Sukan SEA Singapura antara Malaysia dan Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Hanya tinggal selangkah lagi buat pasukan wanita negara merampas kembali kilauan emas yang menjadi milik Thailand apabila tewas 0-3 di Stadium Tertutup Singapura, dua tahun lepas.
Pada perlawanan di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur hari ini, Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia untuk bertemu Thailand di final.
Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah berkata beliau menjangkakan saingan lebih sengit daripada pemain Thailand pada final esok berbanding ketika menentang Indonesia.
"Hari ini memang agak sengit berbanding menentang Myanmar namun saya rasa lebih bersahaja dan menikmati perlawanan. Lawan saya juga beraksi dengan baik cuma saya berjaya atasi kesilapan lawan," katanya kepada media selepas tamat perlawanan pertama menentang Fitriani Fitriani dengan kemenangan 21-17, 21-17.
Kemenangan kedua buat pasukan negara adalah melalui beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei selepas pasangan Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani-Rosyita Eka Putri Sari menarik diri pada mata 7-5 akibat kecederaan.
Aksi bertenaga dan sengit antara Goh Jin Wei dan Hanna Ramadini yang berakhir dengan keputusan 21-16, 21-13 mengesahkan tiket ke final buat Malaysia.
Thailand menewaskan Singapura 3-1 untuk ke aksi final yang dijadualkan 9 pagi esok.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas adalah pada 2009 di Laos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#KL2017
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Singapura
#Soniia Cheah
#Sukan SEA
#Thailand
#Vivian Hoo-Woon Khe Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan