[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Badminton Masters China: Jun Hao padam cabaran Anthony Ginting

Astro Arena 17/09/2025 | 06:45 MYT
Jun Hao mencetuskan kegusaran apabila mempersembahkan prestasi terumbang-ambing untuk menyerah mudah set kedua 5-21. - Foto Stadium Astro
AKSI bertenaga daripada Leong Jun Hao menenggelamkan Anthony Ginting dari Indonesia untuk kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Anthony Ginting dari Indonesia dalam perlawanan tiga set yang sengit.
  • Jun Hao menang set pertama 21-19, namun tewas mudah di set kedua 5-21 sebelum bangkit semula dengan kemenangan 21-10 di set penentuan.
  • Aksi bertenaga dan kebangkitan di set ketiga menunjukkan ketahanan mental dan fizikal Jun Hao dalam menghadapi pencabar berprofil tinggi.


Jun Hao memacu kemenangannya sebaik mata pertama lagi dan sekalipun sempat terikat 19-19, dua mata terakhir menjadi miliknya setelah memberi ruang kebangkitan kepada pencabarnya itu.

Jun Hao kemudian mencetuskan kegusaran apabila mempersembahkan prestasi terumbang-ambing untuk menyerah mudah set kedua 5-21.

Namun, dia kembali memperkemaskan permainan mengambil kesempatan dengan mengutip tujuh mata berturut-turut untuk selesa di depan, sebelum menutup aksinya dengan kemenangan 21-10. -- Stadium Astro




#Badminton Masters China #Leong Jun Hao #Anthony Ginting #kalahkan wakil Indonesia