SUKAN
Badminton Masters China: Tang Jie-Ee Wei akhiri saingan selaku naib juara
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (kiri) akur tewas kepada pasangan Thailand dalam aksi final Masters China. - Stadium Astro
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus menemui jalan buntu apabila akur tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi final Masters China, sebentar tadi.
Ringkasan AI
Selepas melakar kemenangan menakjubkan ke atas pasangan China semalam, Tang Jie-Ee Wei melangkah ke final dalam misi untuk bergelar juara pertama dari Malaysia dalam Kejohanan Masters China.
Bertemu pasangan Thailand, Puavaranukroh-Paewsampran yang memiliki rekod pertemuan 3-1 ke atas wakil Malaysia, mempamerkan kejutan apabila memperoleh kemenangan 21-8 set pertama dalam 13 minit tempoh permainan.
Tang Jie-Ee Wei cuba melakar kebangkitan dalam set kedua, mengejar mata demi mata sebelum terpaksa menelan kepahitan tewas 17-21 sekal igus menamatkan saingan selaku naib juara. - Stadium Astro
Ringkasan AI
- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada pasangan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam aksi final Masters China.
- Tang Jie-Ee Wei mara ke final selepas menewaskan pasangan China, namun gagal mencipta sejarah sebagai juara Malaysia pertama di kejohanan itu.
- Mereka tewas 8-21 pada set pertama dan cuba bangkit pada set kedua sebelum akur tewas 17-21, sekaligus menamatkan saingan sebagai naib juara.