SUKAN
Badminton Masters China: Tang Jie-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Tang Jie-Ee Wei dijadualkan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada pusingan kedua esok. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China 2025 hari ini.
Ringkasan AI
Pada aksi yang berlangsung di Shenzhen Arena, pasangan nombor tiga dunia yang beraksi buat kali pertama selepas memenangi kejohanan dunia di Paris, Perancis bulan lepas, tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Francesca Corbett 21-12, 21-14 dalam tempoh 31 minit.
"Perlawanan hari ini saya rasa okay sebab kami dah main dekat China beberapa kali. Apa yang penting, kami kena kekalkan momentum," katanya menerusi rakaman audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Tang Jie-Ee Wei dijadualkan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada pusingan kedua esok, yang mara selepas menewaskan beregu campuran Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 23-21, 21-17.
Pada edisi lepas, Tang Jie-Ee Wei menamatkan saingan pada separuh akhir selepas tunduk kepada bekas beregu campuran nombor satu dunia Feng Yanzhe-Huang Dongping 21-18, 21-13.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Juara dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua Masters China 2025 selepas menewaskan beregu Amerika Syarikat Chen Zhi Yi-Francesca Corbett 21-12, 21-14 dalam masa 31 minit.
- Pasangan nombor tiga dunia ini akan bertemu gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu pada pusingan kedua, selepas lawan mereka menewaskan beregu Jepun Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.
- Ini adalah penampilan pertama Tang Jie-Ee Wei selepas menjuarai Kejohanan Dunia di Paris bulan lalu, dengan sasaran melepasi pencapaian edisi lepas yang terhenti di separuh akhir.