awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Masters Indonesia: Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga untuk ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
27/01/2023
09:32 MYT
Badminton Masters Indonesia: Pearly-Thinaah pamer aksi bertenaga untuk ke separuh akhir
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponappa, dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota. - Fail/BERNAMA
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila mudah menumbangkan gandingan China, Li Wen Mei-Liu Xuan-Xuan, di Jakarta sebentar tadi.
Turun selaku pilihan keenam, pasangan negara itu mempamerkan dominasi penuh dalam set pembukaan, di mana mereka mendahului 13-10 sebelum meraih lapan mata berturut-turut untuk menang 21-10.
Aksi kemudian berlangsung lebih sengit pada awal set kedua tetapi selepas kedudukan terikat 10-10, Pearly dan Thinaah langsung tidak menoleh ke belakang untuk mencatatkan kemenangan selesa 21-12 hanya dalam masa 37 minit pertarungan.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara beregu India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponappa, dan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, bagi perlawanan penentuan ke final esok. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Masters Indonesia
#beregu wanita
#Pearly Tan
#M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan