SPORTS
Badminton Masters Malaysia: Juara bertahan, Soon Huat-Shevon Lai, kandas
Beregu campuran pilihan ketiga kejohanan itu tidak dapat mempertahankan gelaran juara edisi lalu. - Stadium Astro
GANDINGAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, berputih mata tewas kepada wakil Denmark seawal pusingan pertama Masters Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Ringkasan AI
Pilihan ketiga kejohanan itu kandas dalam tempoh 38 minit dan gagal mempertahankan status juara edisi lalu.
Meskipun hampir bangkit di set kedua, namun Mads Vestergaard-Christine Busch berjaya menoktahkan kemenangan, sekali gus mara ke peringkat seterusnya.
Sementara itu, beregu muda lelaki negara, Aaron Tai- Kang Khai Xing, menunjukkan jalan keluar kepada wakil Denmark yang merupakan naib juara dalam Terbuka Thailand minggu lalu, menerusi kebangkitan terpuji aksi tiga set 12-21, 21-11, 21-17. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Kekalahan Beregu Campuran Negara: Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir seawal pusingan pertama Masters Malaysia selepas tewas kepada pasangan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch.
- Gagal Pertahan Kejuaraan: Beregu campuran pilihan ketiga kejohanan itu tidak dapat mempertahankan gelaran juara edisi lalu.
- Kemenangan Beregu Muda Malaysia: Aaron Tai-Kang Khai Xing berjaya menyingkirkan wakil Denmark yang merupakan naib juara Terbuka Thailand menerusi aksi dramatik tiga set 12-21, 21-11, 21-17.