SUKAN
Badminton: Nasihat Razif Sidek untuk Sze Fei-Nur Izzuddin
Datuk Razif Sidek beri amaran isu konsistensi dan kelajuan permainan boleh jejaskan keyakinan pasangan itu, walaupun teknik dan taktikal masih baik. - Foto Sinar Harian
BEREGU profesional negara, Goh Sze Fei–Nur Izzuddin Rumsani diharap segera mencari jalan untuk bangkit selepas mempamerkan aksi hambar dalam tiga kejohanan terakhir.
Ringkasan AI
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek menegaskan, prestasi tidak konsisten yang ditunjukkan beregu di ranking ketiga dunia itu boleh menjejaskan keyakinan mereka jika tidak segera diperbaiki.
“Kalau mereka asyik kalah awal, ia akan merosakkan keyakinan diri. Keyakinan itu penting. Sekurang-kurangnya, kalau boleh dalam setiap kejohanan kekal sampai ke separuh akhir pun sudah memadai. Tetapi nampaknya agak sukar sekarang.
“Saya yakin mereka boleh bangkit, tetapi perlu kerja lebih keras untuk memperbaiki kelemahan,” katanya kepada Sukan Sinar.
Dalam tiga kejohanan terakhir iaitu Terbuka China, Kejohanan Dunia dan Terbuka Hong Kong, gandingan negara itu terkandas di pusingan awal sekali gus menampakkan kemerosotan prestasi.
Menurut Razif, kelemahan utama Sze Fei–Nur Izzuddin adalah dari segi kelajuan permainan dan konsistensi, walaupun masih memiliki kemahiran serta taktikal yang baik.
“Dari segi teknik dan taktikal mereka tiada masalah, tetapi kurang laju dan tidak konsisten. Bila lambat, mereka mudah ketinggalan. Sampai set penentuan pun sudah sukar.
“Bila tiada konsistensi, mereka banyak buat kesilapan sendiri. Jadi saya percaya, mereka perlu lebih berlatih, tingkatkan kecergasan serta tetapkan sasaran jelas untuk bangkit semula,” jelasnya.
Tambah Razif, Sze Fei mempunyai kekuatan di bahagian depan gelanggang manakala Nur Izzuddin lebih menyerlah dalam corak menyerang. Justeru, kedua-duanya perlu seimbang dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
“Masing-masing kena main peranan. Izzuddin perlu lebih cergas kerana dia banyak menyerang, manakala Sze Fei perlu beri lebih sokongan di belakang. Kalau dapat seimbangkan, saya yakin mereka boleh kembali ke prestasi sebenar,” ujar Razif. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Goh Sze FeiNur Izzuddin alami prestasi hambar selepas tersingkir awal dalam tiga kejohanan terakhir termasuk Terbuka China, Kejohanan Dunia dan Terbuka Hong Kong.
- Datuk Razif Sidek beri amaran isu konsistensi dan kelajuan permainan boleh jejaskan keyakinan mereka, walaupun teknik dan taktikal masih baik.
- Razif sarankan latihan intensif, tingkat kecergasan dan seimbangkan peranan agar Sze Fei fokus sokongan belakang manakala Izzuddin kekal agresif menyerang.