SUKAN

Badminton: Rasmi! Ini keputusan undian Jelajah Dunia Akhir BWF 2025

Astro Arena 13/12/2025 | 10:30 MYT
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun selaku pilihan kedua kejohanan berada dalam Kumpulan B. - Stadium Astro
SERAMAI lima wakil akan membawa cabaran negara dalam saingan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 di Hangzhou, China, bermula 17 hingga 21 Disember nanti.


Ringkasan AI
  • Lima wakil Malaysia akan menyertai Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 di Hangzhou, China, mulai 17 hingga 21 Disember.
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertanding di Kumpulan B bersama India, China, dan Indonesia, manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun berada di Kumpulan A dengan Korea Selatan, Indonesia, dan Chinese Taipei.
  • Pearly Tan-M. Thinaah dan dua pasangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, turut bersaing dengan wakil dari China dan Indonesia.


Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turun selaku pilihan kedua kejohanan berada dalam Kumpulan B bersama wakil dari India, China dan Indonesia.

Manakala, satu lagi wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, dalam Kumpulan A bersama pilihan pertama kejohanan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, wakil Indonesia dan Chinese Taipei.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Dalam pada itu, wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, pula berada dalam Kumpulan A bersama wakil China dan dua lagi dari Jepun.

Malah, dua wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, diundi dalam kumpulan sama, Kumpulan B bersama lawan dari China dan Indonesia. - Stadium Astro






#elajah Dunia Akhir BWF 2025 #undian pemain negara #badminton #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Pearly Tan-M Thinaah