awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen

Bernama
Bernama
12/01/2023
07:10 MYT
Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Daren sebelum ini membuka kempen dengan kemenangan 21-15, 14-21, 21-17 ke atas Toma Junior Popov dari Perancis. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.
Keputusan itu menyaksikan juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark mendapat kemenangan percuma untuk mara ke suku akhir, esok.
Axelsen, yang mendapat rehat tambahan sehari, seterusnya akan bertemu Kenta Nishimoto dari Jepun, yang menyingkirkan pilihan kelima Jonatan Christie dari Indonesia, 21-15, 21-17 hari ini.
Daren, 35, sebelum ini sudah memberi bayangan bakal menarik diri daripada kejohanan Super 1000 itu sekiranya kecederaan yang dialaminya sejak sebulan lepas tidak pulih sebelum hari ini.
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2018 itu membuka kempen dengan kemenangan 21-15, 14-21, 21-17 ke atas Toma Junior Popov dari Perancis, manakala Axelsen mengatasi rakan senegara Rasmus Gemke 17-21, 21-14, 21-12 dalam pusingan pertama pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badminton Terbuka Malaysia
#Liew Daren
#tarik diri
#viktor axelsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan