Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Badminton Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik melangkah ke final!

Astro Arena 17/05/2025 | 06:24 MYT
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final. - Stadium Astro
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final menyingkirkan pasangan tuan rumah sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Kemaraan ke Final: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berjaya melangkah ke final selepas menyingkirkan pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren.
  • Prestasi Cemerlang: Mereka menewaskan pasangan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King, dengan kemenangan 21-12, 21-13 di suku akhir sebelum menewaskan pasangan Thailand dengan keputusan 21-17, 21-13.
  • Dominasi di Set Kedua: Meskipun aksi sengit dengan kutipan mata berbalas pada awal set kedua, pukulan tepat Aaron-Wooi Yik membantu Malaysia mendahului dan akhirnya memastikan kemenangan selepas bertarung selama 37 minit.


Terdahulu Aaron-Wooi Yik menundukkan pasangan senegara, Arif Junaidi dan Yap Roy King 21–12, 21–13.

Bertemu pasangan tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren, suasana di Stadium Nimibutr ternyata memihak pasangan Thailand.

Set pertama menyaksikan Dechapol-Kittinupong mendahului 10-8, sebelum pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu mengejar permainan untuk mendahului 11-10.

Aaron-Wooi Yik enggan menoleh ke belakang dengan aksi-aksi cemerlang ditampilkan sebelum menoktahkan kemenangan 21-17.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan aksi cemerlang di Terbuka Thailand apabila melangkah final.


Aksi sengit dalam set kedua menyaksikan kedua-dua beregu saling mengutip mata demi mata sehingga terikat 7-7.

Pukulan cemerlang daripada Aaron-Wooi Yik ternyata menjadi halangan terbesar pasangan tuan rumah sehingga menyaksikan Malaysia mendahului 16-11.

Selepas bertarung dalam tempoh 37 minit, Aaron-Wooi Yik memastikan mereka melangkah ke final menerusi kemenangan di set 21-13. -- Stadium Astro





#Badminton Terbuka Thailand #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #melangkah ke final #kalahkan pasangan Thailand #terkini