SUKAN

Badminton Terbuka Thailand: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Astro Arena 16/05/2025 | 07:45 MYT
Wakil negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan tempoh 34 minit untuk menang dalam aksi straight set. - Foto BAM
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan lawan dari China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge, di Stadium Nimibutr, sebentar tadi.


Ringkasan AI
  • Kemaraan ke Separuh Akhir: Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah berjaya ke pusingan separuh akhir Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan pasangan China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge, dalam straight set 21-14, 21-11.
  • Dominasi Perlawanan: Pasangan Malaysia mempamerkan prestasi cemerlang dengan mendominasi kedua-dua set, hanya mengambil masa 34 minit untuk memastikan kemenangan.
  • Cabaran Separuh Akhir: Pearly-Thinaah bakal berdepan sama ada Rui Hirokami-Sayaka Hobara dari Jepun atau Meilysa Puspitari-Allessya Rose dari Indonesia di separuh akhir esok.


Wakil negara yang merupakan pilihan pertama kejohanan itu hanya memerlukan tempoh 34 minit untuk menang dalam aksi straight set 21-14,21-11.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Pearly-Thinaah mendominasi dalam aksi separuh masa pertama untuk menewaskan lawan dari China itu untuk menang 21-14, malah momentum itu diteruskan dalam set kedua dengan kemenangan 21-11.

Lawan dari Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara, mahupun Meilysa Puspitari-Allessya Rose dari Indonesia bakal menjadi lawan mereka di peringkat separuh akhir esok. -- Stadium Astro




#Badminton Terbuka Thailand #beregu wanita Malaysia #Pearly Tan M Thinaah #mara ke separuh akhir #terkini