awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia

Bernama
Bernama
12/06/2024
11:45 MYT
Badminton: Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Australia
Zii Jia akan berdepan rakan senegara Soong Joo Ven yang menyingkirkan pencabar dari Kanada, Victor Lai. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia memerlukan masa lebih satu jam sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Australia 2024 hari ini.
Pilihan ketiga kejohanan itu terpaksa bergelut sebelum menundukkan pemain di ranking lebih rendah S. Sankar Muthusamy Subramanian dari India 21-16, 18-21, 21-10 dalam perlawanan berlangsung lebih satu jam di Sydney Olympic Park.
Pemain negara berusia 26 tahun itu akan berdepan rakan senegara Soong Joo Ven yang menyingkirkan pencabar dari Kanada, Victor Lai 21-16, 21-16 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama hari ini.
Perseorangan wanita negara K. Letshanaa melangkah ke pusingan kedua selepas mudah mengatasi wakil tuan rumah Ira Sameer Acharya 21-6, 21-5.
Menanti Letshanaa di pusingan kedua ialah pemain Taiwan, Pai Yu Po yang menundukkan Imad Faroouiq Samiya dari India, 23-21, 13-21, 24-22.
SUKAN-BADMINTON (TERBUKA AUSTRALIA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Turut melangkah ke pusingan kedua, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang mengetepikan gandingan tuan rumah Ephraim Stephen Sam-Dania Nugroho 21-13, 21-13.
Pilihan kelima kejohanan dijadual berdepan tugas sukar apabila bertemu pilihan pertama dari China, Jiang Zheng Bang-Wei Ya Xin.
Keputusan lain
--------------------
(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Perseorangan Wanita:
Anupama Upadhyaya (INA) mn Wong Ling Ching 21-12, 21-16
Beregu campuran:
Yap Roy King-Valeree Siow mn Vicent Lawrencio-Louisa Ma (AUS) 21-4, 21-5
Kona Tarun- Sri Krishna Priya Kudaravalli (IND) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-6, 21-11
[8] Reddy B. Sumeeth- Reddy Sikki (IND) mn Wong Tien Ci- Lim Chiew Sien 21-17, 21-19
Choong Hon Jian-Go Pei Kee mn [4] Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati (INA) 21-24, 21-17, 21-14
Beregu Lelaki:
Keane Chok Ken Wei- Andy Yew Tung Kok mn Pit Seng Low-Toby Wong (AUS) 21-8, 21-12
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton
#Terbuka Australia
#pusingan kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan