awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan

Bernama
Bernama
26/02/2018
20:27 MYT
Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin. - Gambar hiasan
Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jadadish Chandra.
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini pada Isnin.
"Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea," kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jadadish, yang juga anggota majlis BAM, adalah anggota utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.
Beliau berkata, BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain.
"Ia bukan pemain Malaysia dan tiada kaitan dengan pemain Denmark," katanya.
Jadadish berkata, empat saksi dari tiga negara memberi kenyataan semalam, manakala dua lagi akan memberi keterangan hari ini.
Pendengaran itu akan bersambung pada 10 pagi hari ini.
Ditanya tentang pendengaran itu, Jadadish berkata: "Saya tiada isu berkaitan prosedur. Panel terlibat amat adil. Saya berharap keadilan dapat ditegakkan nanti.
"Pemain berkenaan juga memberi kerjasama yang amat baik," katanya.
Jadadish berkata, bahan bukti pihak pemain akan dikemukakan pada pendengaran itu pada hari ini.
"Pemain itu tidak memberi keterangan pada sesi hari ini (Isnin). Esok (Selasa) merupakan hari pembelaan. Pihak peguam yang mewakili pemain akan menyoal balas saksi," katanya.
Jadadish berkata, beliau tidak menjangka BWF akan memberi keputusan kes itu hari ini kerana lazimnya "sesuatu keputusan akan diserah secara bertulis berserta dengan alasan kepada kami".
Zulfadli, bekas juara remaja dunia 2011, dan Tan, yang pernah beraksi pada kejohanan Piala Thomas 2010, masing-masing diwakili dua peguam pada pendengaran dua hari itu.
Pendengaran dikendalikan panel tiga anggota daripada BWF.
"Mereka adalah dari tiga negara," kata Jadadish.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atur perlawanan
#badminton
#BAM
#BWF
#Malaysia
#Rasuah
#Singapura
#Tan Chun Seang
#Zulfadli Zulkiffli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan