KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap kerajaan dapat memperuntukkan dana lebih besar buat pembangunan atlet yang akan menggalas cabaran negara di temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata penetapan bajet khusus 'Road to Paris' amat penting kerana temasya empat tahun sekali itu hanya berbaki kurang dua tahun.
"Saya harap mereka (kerajaan) buat bajet yang cukup untuk semua sukan yang kita sasar ada harapan dan selalu sertai seperti badminton, terjun dan berbasikal dalam Olimpik supaya mereka boleh dapatkan mata yang cukup untuk kelayakan Olimpik.
"(Kelayakan atlet) yang sebenarnya memerlukan bajet yang paling besar dan yang lain kita tahu tengah buat persiapan untuk tahun hadapan Sukan SEA Kemboja (5-17 Mei) dan Sukan Asia Hangzhou (10-25 Sept), itu pun bersama dengan Majlis Sukan Negara (MSN)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapan MOM terhadap Bajet 2023, yang akan dibentangkan pada Jumaat ini (7 Okt).
SUKAN-BAJET (HARAPAN) 2 KUALA LUMPUR
Belanjawan 2022 menyaksikan keseluruhan industri sukan negara menerima RM244 juta.
Ia berkurangan lebih RM50 juta berbanding sebelum pandemik COVID-19, dengan belanjawan 2020 memperuntukkan RM299 juta untuk sektor itu.
Mohd Nazifuddin percaya sekiranya mampu memperoleh bajet yang mencukupi, sudah semestinya pencapaian Malaysia dalam temasya sukan itu dapat dipertingkatkan sekali gus mencerahkan misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara.
"Kalau bajet lebih tinggi, tentu peluang pencapaian juga tinggi. Saya rasa pencapaian emas dari sukan yang kita harapkan seperti badminton, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sendiri akan memberi tumpuan yang penuh, dia sebagai ketua Road to Paris.
"Kita juga nak lihat penyertaan breakdancing contohnya atlet Lego Sam sebagai pemenang emas Sukan SEA edisi 2019 yang mungkin boleh menyertai Olimpik breakdance sebagai first dancer history dalam Malaysia, benda macam ini perlu bajet untuk penyertaan dapat mata dan buat pertandingan untuk negara," katanya.
SUKAN-BAJET (HARAPAN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sementara itu, Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) Datuk Nur Azmi Ahmad berharap pengagihan dana yang lebih besar buat badan induk sukan karate berkenaan kerana Malaysia sudah berada dalam fasa endemik COVID-19.
Beliau berkata sekiranya Makaf diberi dana yang sepatutnya sudah pasti badan induk itu mampu memperhebatkan lagi pembangunan sukan tersebut melalui penganjuran pertandingan di peringkat domestik bagi melahirkan barisan jaguh baharu sukan itu.
"Tahun lepas (bajet 2022) mungkin kekangan dari COVID-19 kami tidak dapat buat persiapan semua ini termasuk persatuan yang lain. Namun, menerusi bajet 2023 kami kena menyertai sekurang-kurangnya lapan ke sembilan kejohanan selain di Sukan SEA Kemboja dan Sukan Asia China sebab ada sasaran satu pingat emas.
"Pemilihan atlet Sukan SEA juga akan diadakan kemungkinan hujung bulan 12 (tahun ini) atau bulan Januari tahun depan di Melaka. Kami tidak ambil berdasarkan Sukan Malaysia (Sukma) namun mereka akan dipanggil bersama atlet pasukan kami sekarang dan yang terbaik akan terpilih untuk sertai temasya itu," katanya kepada Bernama.
Pada Sukan SEA Hanoi Vietnam Mei lepas, skuad karate negara beraksi cemerlang apabila membawa pulang empat pingat emas menerusi acara kumite dan enam gangsa iaitu tiga daripada acara kumie dan tiga acara kata.
Setakat ini, seramai 15 atlet karate kebangsaan berada di bawah Program Podium kendalian MSN.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berkata penetapan bajet khusus 'Road to Paris' amat penting kerana temasya empat tahun sekali itu hanya berbaki kurang dua tahun. - Foto fail
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.