SUKAN
Ballard harap strategi HPDM pacu kejayaan olahraga Malaysia
Ballard yang akan tamat kontrak perkhidmatan pada 31 Julai ini, merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk menyumbang kepada perancangan dan visi jangka panjang sukan berkenaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Olahraga Malaysia (MA) Robert Ballard berharap strategi pembangunan yang dilaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatannya akan terus menjadi asas kepada kemajuan sukan olahraga negara.
Ballard yang akan tamat kontrak perkhidmatan pada 31 Julai ini, merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan untuk menyumbang kepada perancangan dan visi jangka panjang sukan berkenaan.
"Saya amat berterima kasih di atas peluang yang diberikan untuk menyumbang kepada perancangan dan pembangunan strategi sukan olahraga di Malaysia sepanjang dua tahun berkhidmat.
"Strategi Model Pembangunan Prestasi Tinggi (HPDM) 2024-2032 memerlukan masa, penyelarasan dan komitmen semua struktur sokongan bagi mencapai visi dan objektif sepenuhnya," katanya semasa dihubungi hari ini.
Ballard percaya HPDM yang menggariskan pelan hala tuju jangka panjang olahraga negara boleh memanfaatkan bukan sahaja kepada atlet tetapi juga jurulatih, pegawai, pentadbir dan rangkaian sukarelawan yang lebih luas.
Dalam persiapan untuk pulang ke Australia, Ballard berkata beliau akan terus memantau perkembangan Malaysia dan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak berkepentingan.
"Saya akan terus mengikuti perkembangan olahraga Malaysia dengan penuh minat dan mendoakan yang terbaik kepada semua pihak terlibat untuk kemajuan dan kecemerlangan masa depan," katanya.
Semalam, MA menerusi kenyataan mengesahkan tidak melanjutkan kontrak Ballard, 60, yang akan tamat pada 31 Julai ini kerana kekurangan peruntukan daripada kerajaan dan penajaan swasta kepada badan induk itu.
Ballard pernah berkhidmat sebagai pengarah teknikal pada Februari 2014 secara kontrak selama dua tahun, namun memutuskan untuk berpisah lebih awal iaitu pada 8 Dis 2015.
Beliau kembali menjawat jawatan itu pada Ogos 2023 secara kontrak dua tahun.
Sementara itu, bekas pelari pecut negara Nazmizan Muhammad menyarankan MA mempertimbangkan tenaga pakar dalaman bagi mengisi jawatan pengarah teknikal selepas kontrak Ballard tamat.
Beliau berkata pendekatan itu mengambil kira badan induk sukan berkenaan kekurangan dana selain menyifatkan langkah itu bukan sahaja menjimatkan, malah membolehkan MA lebih fokus kepada persediaan atlet menjelang Sukan SEA 2025 di Thailand pada Disember ini.
"Kalau dana tidak mencukupi, kenapa kita tidak guna kepakaran dalaman? Mungkin mereka lebih tahu selok-belok dan ada jaringan dengan persatuan negeri lain. Kita tak perlu lihat (pakar) luar, apatah lagi kalau bayaran mereka mahal.
"Dengan melantik tenaga tempatan, MA boleh kurangkan beban kewangan dan lebihkan peruntukan kepada jurulatih serta persiapan atlet," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata pelantikan pengarah teknikal pada ketika ini wajar bersifat sementara dan keutamaan seharusnya diberikan kepada pembentukan skuad mantap dan barisan kejurulatihan yang bersedia menghadapi cabaran Sukan SEA.
-- BERNAMA