awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ballon d'Or: Jude Bellingham dinobat pemenang Trofi Kopa

Astro Arena
Astro Arena
31/10/2023
04:15 MYT
Ballon d'Or: Jude Bellingham dinobat pemenang Trofi Kopa
Tonggak Real Madrid dan England berkenaan menjulang trofi itu di Perancis, di mana pemain berusia 18 tahun itu turut menduduki tempat ke-18 keseluruhan bagi kategori utama, Ballon d'Or. - Foto Stadium Astro
PERKEMBANGAN pesat yang terus ditunjukkan Jude Bellingham menyaksikan pemain tengah itu dinobatkan pemenang Trofi Kopa sebagai pemain di bawah usia 21 tahun terbaik dunia dalam Majlis Anugerah Ballon d'Or awal pagi tadi.
Tonggak Real Madrid dan England berkenaan menjulang trofi itu di Perancis, di mana pemain berusia 18 tahun itu turut menduduki tempat ke-18 keseluruhan bagi kategori utama, Ballon d'Or.
Bellingham telah menjaringkan 13 gol daripada 13 penampilan sejak menyertai Madrid musim panas lalu, termasuk dua gol ketika mengetuai kemenangan 2-1 pasukannya dalam aksi El Clasico menentang Barcelona hujung minggu lalu.
Jude Bellingham won the 2023 Kopa Trophy, congrats #ballondor pic.twitter.com/Od05dyIecy
— Ballon d'Or #ballondor (@ballondor) October 30, 2023
Bagaimanapun, anugerah berkenaan diterimanya atas prestasi luar biasanya musim lalu, di mana dia membantu Borussia Dortmund menduduki tangga kedua Bundesliga selain membintangi aksi England dalam Piala Dunia di Qatar.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang membantu saya ke tahap ini -- dari Birmingham ke Dortmund dan kini bersama Real Madrid dan pasukan kebangsaan.
"Terima kasih atas segala sokongan, ia amat bermakna, banyak lagi akan tiba selepas ini," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Jude Bellingham
#Trofi Kopa
#Ballon d'Or
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan