LIONEL MESSI tidak pasti rekodnya akan dapat diatasi mana-mana pemain selepas bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Argentina itu memenangi Anugerah Ballon d'Or buat kali ketujuh awal pagi tadi.
Messi kekal selaku pemenang terbanyak anugerah pemain terbaik itu selepas memenangi gelaran ketujuhnya di Paris manakala penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski, pula memenangi Anugerah Penyerang Terbaik Tahunan dan menduduki kedua senarai undian Ballon d'Or.
Ramai menjangkakan Lewandowski akan memenangi anugerah individu tertinggi itu selepas edisi 2020 terpaksa dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, di mana bintang Bayern itu menghasilkan 53 gol daripada 42 penampilan sepanjang 2021 -- rekod tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam kesemua kejohanan melibatkan lima liga utama Eropah.
Tetapi Messi berhasil melebarkan rekodnya selepas membantu Argentina menamatkan kemarau kejuaraan Copa America -- trofi pertama negaranya sejak 28 tahun lalu -- selain menghasilkan 32 gol dan 12 bantuan jaringan sepanjang 40 penampilan bersama Barcelona dan PSG sepanjang tahun ini.
"Saya tidak pasti sama ada rekod ini mampu diatasi atau tidak, saya hanya perlu menerimanya," kata pemain berusia 34 tahun itu kepada wartawan.
"Sejujurnya, saya tidak pasti rekod tujuh gelaran Ballon d'Or ini mampu diatasi.
"Tetapi tujuh gelaran ini benar-benar menakjubkan dan saya benar-benar gembira untuk memenanginya di Paris.
"Mengambil kira (bintang Liverpool) Mohamed Salah, (Robert) Lewandowski akan memiliki peluang dalam tahun-tahun mendatang, kedua-dua pemain itu benar-benar berada dalam prestasi terbaik setakat ini dan mereka akan memiliki peluang untuk memenangi trofi ini," katanya.
Sebagai rekod, Messi menjaringkan empat gol dan mencipta lima bantuan jaringan untuk membantu Argentina memenangi gelaran Copa America pertama sejak 1993.
Astro Arena
Tue Nov 30 2021

Messi kekal selaku pemenang terbanyak anugerah pemain terbaik itu selepas memenangi gelaran ketujuhnya di Paris. - Foto Astro AWANI

Agenda AWANI: Pemilihan PKR: Apa tawaran baharu?
Jumlah ahli parti yang keluar mengundi secara fizikal masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan pemilihan pada 2018. Apa tawaran baharu serta situasi terkini Pemilihan PKR 2022? Diskusinya dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com.
![[INFOGRAFIK] Permohonan pertukaran guru [INFOGRAFIK] Permohonan pertukaran guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967238/23697344641652705702283_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Permohonan pertukaran guru
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Permohonan pertukaran guru. Sila klik untuk video penuh.

Air oh Air | Runsing berdepan masalah air, tekanan air rendah
Penduduk faham sekiranya berlaku masalah air namun dia berharap mereka diberikan notis awal supaya boleh bersedia.

Agenda AWANI: Jenayah Perang rejim Zionis ke atas kewartawanan
Pembunuhan wartawan Palestin warga Amerika, Shireen Abu Akleh di Jenin, serta serangan ke atas penduduk Palestin ketika kerandanya sedang dibawa ke tanah perkuburan sekali lagi membuktikan kebiadaban rejim Zionis yang tidak masuk akal. #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com.

Pakistan tingkatkan kawalan keselamatan Imran Khan
Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

Sukan SEA Hanoi | Peluang skuad memanah compound negara
Khamis nanti bakal menjadi penentu kepada pungutan pingat bagi skuad memanah compaund negara yang layak ke tiga acara utama. Apa peluang untuk negara dalam acara berkenaan..? Bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis yang berada di Hanoi.

COVID-19 | Korea Selatan tawar sokongan penuh buat Pyongyang
Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan memberi sokongan penuh kepada Korea Utara dalam menangani COVID-19, sekiranya Pyongyang memberi respons terhadap tawaran itu. Jelasnya, pintu untuk bantuan kemanusiaan sentiasa terbuka, tidak kira kepentingan politik atau ketenteraan.

COVID-19 | 8 kematian, 392,920 kes baharu di Korea Utara
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik pihak berkuasa atas kelewatan mengagihkan ubat-ubatan, ketika rakyat negara itu dilanda gelombang pertama COVID-19. Pada Isnin, lapan lagi kematian direkodkan, dan 392 ribu dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas melaporkan gejala demam.

30 tahun beroperasi, McDonald's tutup operasi di Rusia
Mac lalu, McDonald's mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di negara itu, termasuk di lokasi ikonik, Dataran Pushkin.

Air Pasang | Sebahagian besar pekan Kuala Kedah terjejas
Fenomena air pasang besar luar jangka yang melanda seluruh pekan Kuala Kedah mencetuskan suasana panik penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku selama hampir dua jam sejak 12 tengahari tadi, menyebabkan air sedalam 0.5 meter memenuhi jalan raya dan memasuki premis.

Pique menangis ketika Messi tinggalkan Barcelona
Hubungan Messi selama 21 tahun dengan Barcelona berakhir Ogos lalu apabila dia menandatangani kontrak dengan PSG.

Gaji Messi paling lumayan
Bintang Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi mengatasi pemain bola keranjang NBA, LeBron James dan Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling lumayan pada tahun lepas.

Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi
Xavi berkata gergasi Catalan itu tidak mampu untuk mengikut pergelutan dihadapi Manchester United baru-baru ini.

Jaringan Messi pastikan PSG julang gelaran Ligue 1 ke-10
PSG hanya memerlukan satu mata di laman sendiri ketika bertemu Lens semalam untuk melengkapkan kejuaraan.

PSG hilang Messi, Neymar untuk sahkan gelaran Ligue 1
Setelah kehilangan Neymar akibat penggantungan, Pochettino mengesahkan Messi antara nama yang akan terlepas perlawanan itu.

Rooney tenang dilabel dengki oleh Ronaldo
Wayne Rooney menegaskan Lionel Messi satu-satunya pemain yang tidak mencemburui Ronaldo ketika membalas kecaman bekas rakan sepasukannya itu selepas dia mengkritik kepulangan penyerang ke MU

Kelayakan Piala Dunia: Suarez pintas rekod jaringan Messi
Suarez kini menemui jaringan 29 kali buat negaranya dalam 62 aksi kelayakan Piala Dunia, satu gol lebih daripada Messi.

Messi tiada dalam perancangan Barcelona - Laporta
Messi meninggalkan Barcelona musim lalu berikutan masalah kewangan kelab itu, yang menghalang pemain terbaik dunia berkenaan menandatangani kontrak baharu.

Messi akhiri kemarau jaringan ketika atasi Lille
Messi menghasilkan penyudah licik untuk gol ketiga PSG, dengan Danilo Pereira menjaringkan dua gol.

Kelayakan Piala Dunia: Argentina tidak senaraikan Messi
Penyerang PSG itu sudah tidak beraksi hampir sebulan.