awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ballon d'Or: Lewandowski sedia hadapi cabaran Haaland selepas menang Gerd Muller Trophy

Astro Arena
Astro Arena
18/10/2022
04:39 MYT
Ballon d'Or: Lewandowski sedia hadapi cabaran Haaland selepas menang Gerd Muller Trophy
Lewandowski (kanan) baru menjaringkan 14 gol buat Barca dan masih belum mencipta jaringan buat Poland, sekali gus ketinggalan tujuh gol di belakang Haaland (kiri). - Foto Astro ARENA
ROBERT Lewandowski memenangi Gerd Muller Trophy dengan menjaringkan 57 gol di peringkat kelab dan antarabangsa sepanjang musim lalu dan tidak gentar menghadapi cabaran Erling Haaland bagi msuim 2022-23.
Lewandowski menerima anugerah daripada France Football itu -- sebagai penjaring terbanyak -- buat tahun kedua berturut-turut, di mana Karim Benzema pula dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or dalam satu majlis di Paris awal pagi tadi.
Gelaran itu -- yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Penyerang Terbaik Tahunan -- dinamakan bersempena nama legenda Bayern Munich, Muller, yang memegang rekod jaringan terbanyak Bundesliga dengan 40 gol semusim sebelum dipecahkan Lewandowski untuk memenangi trofi berkenaan.
Bagaimanapun, jika penyerang baru Barcelona itu mahu mengekalkan gelaran berkenaan bagi tahun 2023, dia perlu mengatasi mesin gol Manchester City, Haaland.
Pemain nombor sembilan City itu sudahpun mengumpulkan 20 gol buat kelab barunya selain turut meledakkan satu jaringan buat Norway musim ini.
Lewandowski, yang menduduki tangga keempat bagi Anugerah Ballon d'Or, pula baru menjaringkan 14 gol buat Barca dan masih belum mencipta jaringan buat Poland, sekali gus ketinggalan tujuh gol di belakang Haaland.
. . .#trophéeGerdMuller pic.twitter.com/M8VU4hcxNJ
— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 17, 2022
Pemain berusia 34 tahun itu ditanya mengenai Haaland selepas menerima Gerd Muller Trophy dan dia berkata: "Musim ini masih panjang dan saya juga sedar saya sedang membuka lembaran baru bersama Barca.
"Sejak hari pertama, saya berasa amat baik di kelab ini.
"Sejak minit pertama, saya dapat lihat bersama rakan sepasukan saya, kami berpotensi besar dan memiliki peluang untuk menjaringkan banyak gol. Saya amat pasti kami secara bersama sedang mengusahakannya.
"Ini adalah bola sepak, anda perlu sentiasa bersedia. Saya sedar generasi baru juga sedang tiba tetapi saya masih di sini," katanya.
Topic Berkaitan
#Ballon d'Or
#Robert Lewandowski
#Gerd Muller Trophy
#penjaring terbanyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan