awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM kunci mulut keputusan Sze Fei-Izzuddin untuk bergerak secara profesional

Bernama
Bernama
13/08/2024
07:32 MYT
BAM kunci mulut keputusan Sze Fei-Izzuddin untuk bergerak secara profesional
BAM masih berbincang mengenai hasrat pasangan ke-13 dunia itu sebelum membawanya kepada ahli majlis badan induk berkenaan bagi tindakan selanjutnya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan kunci mulut berkenaan hasrat pemain beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk meninggalkan badan induk itu.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata pihaknya masih berbincang mengenai hasrat pasangan ke-13 dunia itu sebelum membawanya kepada ahli majlis badan induk berkenaan bagi tindakan selanjutnya.
"Kami tidak boleh beritahu apa-apa kerana belum tahu lagi segala keputusan. Kami perlu duduk untuk membincangkan segala-galanya.
"Kemudian, segala hasil perbincangan akan dikemukakan kepada ahli majlis bagi mendapatkan kelulusan," katanya ketika ditemui pada sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini khabar angin bertiup kencang tentang hasrat Sze Fei-Izzuddin mahu meninggalkan badan induk itu untuk meneruskan karier mereka sebagai pemain profesional.
Dalam pada itu, Rexy berkata buat masa ini Sze Fei-Izzuddin masih kekal di bawah naungan BAM dan akan menjalani latihan di ABM seperti biasa.
"Mereka masih berlatih seperti biasa di sini dan akan sertai Terbuka Jepun dan Korea," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia
#pasangan beregu
#Goh Sze Fei-
#Nur Izzuddin Mohd Rumsani
#bergerak secara profesional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan