Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
SUKAN

BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara

Bernama 27/10/2025 | 15:45 MYT
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen dan mesej berbaur penghinaan serta ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengecam keras tindakan segelintir individu yang melemparkan komen dan mesej berbaur penghinaan serta ugutan terhadap pemain badminton negara di media sosial, baru-baru ini.

Dalam kenyataannya hari ini, BAM menegaskan tidak ada ruang untuk kebencian, intimidasi atau diskriminasi dalam dunia sukan mahupun masyarakat, sambil menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan pemain sentiasa menjadi keutamaan badan induk berkenaan.

"BAM mengecam sekeras-kerasnya tingkah laku sedemikian dan menggesa semua pihak agar menyuarakan pandangan dengan penuh rasa hormat serta secara positif," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, BAM memaklumkan akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan kepada pemain sekiranya diperlukan.

-- BERNAMA



#BAM #Persatuan Badminton Malaysia #serangan siber #pemain badminton negara