awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM pisahkan pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei

Bernama
Bernama
28/03/2025
03:43 MYT
BAM pisahkan pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei
Keputusan memisahkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa prestasi berdasar cadangan daripada panel kejurulatihan. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa gandingan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan dipisahkan bagi kejohanan akan datang.
Menurut kenyataan di laman Facebook BAM, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa prestasi baru-baru ini berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan, termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky dan Ketua Jurulatih Beregu Campuran Nova Widianto.
"Kami telah bersetuju memberi masa kepada jurulatih untuk mencuba kombinasi baharu yang berpotensi," kata kenyataan itu.
Isnin lepas Nova mendedahkan bahawa Tang Jie dan Ee Wei digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan, susulan ketegangan dalam hubungan mereka ketika ini.
Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pasangan beregu campuran ranking keempat dunia itu, menyelesaikan isu antara mereka.
Ketegangan dalam hubungan mereka dikatakan bermula sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024, di mana mereka tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 19-21, 14-21.
Baru-baru ini, Ee Wei memadamkan semua gambar bersama Tang Jie di akaun Instagramnya, susulan kekalahan mereka di pusingan pertama All England 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Badminton Malaysia
#hen Tang Jie-Toh Ee Wei
#beregu campuran
#panel kejurulatihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan