SUKAN
BAM santuni Sylvia Ng, hargai jasa lagenda badminton negara
Menurut Tengku Zafrul, beliau berbesar hati dapat menziarahi dan bertukar-tukar cerita dengan Sylvia Ng yang disifatkan sebagai antara pelopor kejayaan badminton wanita Malaysia. - Gambar Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyampaikan sumbangan khas kepada legenda badminton wanita negara Datuk Sylvia Ng sebagai tanda penghormatan dan penghargaan terhadap jasa serta legasi beliau dalam pembangunan sukan tanah air.
Ringkasan AI
Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan sumbangan luar biasa itu disampaikan bagi mengiktiraf beliau sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak dua kali, iaitu pada 1975 dan 1978 serta mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai ikon sukan negara.
Tengku Zafrul berkata Sylvia Ng juga telah mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi pingat emas perseorangan badminton Sukan Komanwel serta atlet wanita Malaysia pertama meraih pingat emas Sukan Komanwel di Edmonton, Kanada pada 1978.
Menurut Tengku Zafrul, beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan BAM Datuk Ng Chin Chai berbesar hati dapat menziarahi dan bertukar-tukar cerita dengan Sylvia Ng yang disifatkan sebagai antara pelopor kejayaan badminton wanita Malaysia.
"Semoga legasi Datuk Sylvia Ng terus menginspirasikan generasi muda untuk menghargai sejarah, menghormati perintis dan meneruskan perjuangan mengharumkan nama Malaysia.
"Legasi tidak diukur dengan pingat semata-mata tetapi dengan laluan yang dibuka untuk generasi seterusnya," katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.
Dalam hantaran sama, Tengku Zafrul memaklumkan lawatan itu dibuat dalam konteks laporan media berkaitan isu ganjaran Olahragawan dan Olahragawati Negara yang tidak diterima oleh beberapa atlet daripada pelbagai sukan, termasuk pada 1975 dan 1978.
"Walaupun perkara berkenaan berada di luar bidang kuasa BAM, persatuan tampil menyampaikan sumbangan khas sebagai tanda pengiktirafan terhadap khidmat dan legasi Datuk Sylvia Ng kepada sukan negara," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- BAM menyampaikan sumbangan khas kepada legenda badminton wanita negara, Datuk Sylvia Ng, sebagai penghargaan terhadap jasa dan legasi beliau dalam pembangunan sukan tanah air.
- Sylvia Ng merupakan Olahragawati Kebangsaan dua kali pada 1975 dan 1978 serta wanita Asia pertama memenangi pingat emas perseorangan badminton Sukan Komanwel.
- Tengku Zafrul berharap legasi Sylvia Ng dapat menginspirasikan generasi muda untuk menghargai sejarah sukan, menghormati perintis, dan terus mengharumkan nama Malaysia.